• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Pusat, Negeri Seiring Bangunkan M’sia Dan Sarawak

oleh Ahmad Albab
26/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIBU – Sokongan kepada Barisan Nasional (BN) merupakan pilihan terbaik kerana kerajaan pusat dan negeri bersama-sama membawa Malaysia dan Sarawak untuk terus membangun, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Perjalanan membangunkan negara pasti memerlukan masa yang agak panjang. “Tidak boleh selesai dalam satu penggal dan kita sekarang dalam perjalanan yang betul untuk menjadi sebuah negara maju.

“Ciri-ciri tersebut semua kita telah lihat sekarang,” kata beliau, sambil mengulangi komitmen kerajaan pusat untuk terus membantu Sarawak membangun setaraf dengan negeri-negeri di Semenanjung.

“Ini kunjungan kali-48 saya ke Sarawak sejak menjadi perdana menteri. Seperti kata Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem, setiap kali saya datang, tidak dengan tangan kosong… pasti membawa bersama dana peruntukan untuk membantu Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ramah Mesra Santai Bersama Warga Emas di sebuah hotel di sini hari ini, anjuran Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka dan dihadiri kira-kira 2,000 warga emas dari sekitar Sibu.

Ia merupakan program pertama lawatan kerja dua hari perdana menteri ke Sarawak bermula hari ini hingga esok.

Turut hadir Presiden Parti Rakyat Sarawak yang juga Menteri Kemajuan Tanah negeri Tan Sri James Jemut Masing, Speaker DUN Sarawak Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar dan ADUN Nangka Dr Annuar Rapa’ee.

Najib berkata perubahan yang dilakukan BN dibuat secara teratur dan tersusun, jauh bertentangan dengan pembangkang yang inginkan perubahan drastik.

Justeru, katanya, Dr Annuar harus kekal diundi pada Pilihan Raya Negeri ke-11 kelak.

“Apabila saya terima nama Dr Annuar untuk mempertahankan kerusi DUN Nangka, saya sebagai Pengerusi BN ‘endorsed’ sepenuhnya. Pengundi DUN Nangka bertuah… bukan senang untuk mendapat seorang wakil rakyat seorang doktor yang juga pakar kardiologi,” katanya.

Mengulas lanjut, Najib turut memuji majlis tersebut yang diadakan khusus untuk melaporkan pencapaian Dr Annuar selama menjadi ADUN dan perancangan masa depannya.

“Kita dapat tengok ‘report card’ itu tentu kita lebih yakin…kita ada kerajaan pusat, kerajaan negeri dan wakil rakyat yang semuanya berhasrat untuk menolong, membantu membawa negara dan Sarawak ke arah keadaan yang lebih baik,” katanya. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd