• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bidas Dr Mahathir Bekerjasama Dengan Pembangkang

oleh Ahmad Albab
05/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan dan pemimpin UMNO hari ini membidas Tun Dr Mahathir Mohamad kerana bekerjasama dengan pembangkang untuk menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya berundur.

Seorang jurucakap kerajaan berkata Dr Mahathir dan bekas seterunya “telah mempamerkan keadaan terdesak dan sikap oportunis yang begitu tebal dalam politik.”

Bekas perdana menteri itu mengetuai kumpulan lebih 50 orang – termasuk Lim Kit Siang daripada DAP dan Menteri Besar Selangor Datuk Mohamed Azmin Ali daripada PKR – dalam memeterai deklarasi menyokong penyingkiran Najib sebagai perdana menteri “menerusi kaedah tanpa kekerasan dan dibenarkan secara sah”.

Penandatanganan lain termasuk bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dan bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik.

Timbalan Perdana Menteri dan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sebarang langkah untuk menyingkirkan perdana menteri di luar proses demokratik adalah tidak sah.

Beliau berkata Malaysia mempunyai sistem undang-undang dan demokrasinya sendiri dalam memilih perdana menteri.

“Undang-undang harus dipatuhi dan sistem demokrasi yang sama kita dakapi harus terus hormati,” katanya kepada pemberita di Jasin, Melaka.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata pakatan anti-Najib antara Dr Mahathir dengan pemimpin pembangkang mengalami kegagalan sebaik sahaja ia dimulakan.

Usaha mereka untuk menggulingkan Najib telah gagal dan penandatanganan deklarasi itu hanyalah “langkah untuk menyelamatkan air muka mereka,” katanya dalam catatan menerusi blog.

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata tindakan tersebut sebaliknya mengukuhkan lagi kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

“Bekerjasama dengan musuh ketat UMNO hanya akan memperkukuhkan lagi kedudukan PM dalam UMNO, saya berterima kasih kepada Tun (Dr Mahathir),” katanya melalui akaun twitter hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata dalam situasi sekarang, semua pihak haruslah bertenang serta memberi fokus kepada keutamaan isu seperti peningkatan ekonomi dan keselamatan serta perpaduan negara.

“Jika terus menuding jari menyalahkan sesama sendiri serta berkata buruk terhadap sesuatu perkara, apa juga isu yang ingin kita majukan tidak akan dapat terlaksana kerana meskipun berbeza pendapat, berbalah bukan solusinya.

“Membina sebuah negara itu perlukan sokongan antara satu sama lain, maka kita perlu bersikap matang dalam menyelesaikan masalah serta berbincang,” katanya kepada pemberita di Kangar, Perlis. – BERNAMA

Tags: Mahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dr M Perlu Ikut Proses Demokrasi Jika Ingin Tukar Pentadbiran

Next Post

Tindakan Tun M Calar Imej Negara – Tengku Adnan

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

Next Post

Tindakan Tun M Calar Imej Negara - Tengku Adnan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd