• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Agih Semula Spektrum Tingkat Kualiti Liputan Tanpa Wayar

oleh Ahmad Albab
15/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengagihan semula spektrum pada jalur 900 Megahertz (MHz) dan 1,800MHz adalah untuk meningkatkan kualiti kelajuan perkhidmatan tanpa wayar termasuk liputan luas di kawasan luar bandar dan pedalaman bagi perkhidmatan bergerak, Dewan rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata langkah itu juga dilakukan supaya jalur spektrum boleh digunakan dengan lebih efisien dan saksama.

“Ia juga bagi memastikan pemberi perkhidmatan juga dapat menggunakan teknologi terkini di kedua-dua jalur tersebut,” katanya menjawab soalan Jeff Ooi Chuan Aun (DAP-Jelutong) di Dewan rakyat hari ini.

Jeff Oii bertanya mengenai rancangan peruntukan semula spektrum bagi jalur 900Mhz dan 1800Mhz yang dilaksanakan kerajaan.

Menjelas lanjut, Salleh berkata agihan spektrum itu dilaksanakan melalui pentadbiran dan bukan lelongan bagi mengelakkan harga yang terlalu tinggi.

“Harga spektrum tersebut sedang dikaji dan akan ditentukan pada pertengahan tahun ini,” katanya yang memaklumkan pengagihan semula spekrum diberi secara saksama kepada empat pemberi perkhidmatan utama iaitu Celcom, Maxis, Digi dan U Mobile.

“Pengagihan semula di kedua-dua jalur ini adalah melalui peruntukan spektrum di mana tempoh penggunaan adalah selama 15 tahun. Ini bertujuan supaya pemberi perkhidmatan mendapat jaminan jangka masa panjang dari segi pembangunan perniagaan dan peluasan rangkaian,” katanya.

Salleh berkata pemilihan empat pemberi perkhidmatan itu adalah kerana mereka telah mempunyai asas infrastruktur yang boleh diperluaskan untuk meningkatkan lagi daya saing dalam industri komunikasi. – BERNAMA

Tags: KerajaanSalleh Keruak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - "Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan demi kestabilan ekonomi negara" Demikian...

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Memang sejak dulu peningkatan harga minyak disebabkan oleh faktor global, bukan kerana kerajaan sesuka hati mahu menaikkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd