• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keningau Catat Bacaan Suhu Tertinggi Di Sabah

oleh Ahmad Albab
20/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Keningau mencatat bacaan suhu tertinggi di Sabah iaitu 36.8 Celcius setakat 2 petang tadi berikutan gelombang haba yang melanda negara ketika ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, lima lagi daerah di Sabah yang mencatat suhu melebihi 30 darjah Celcius ialah Ranau (34 darjah Celcius) dan Tawau (33.7 darjah Celcius).

Kota Kinabalu mencatat bacaan suhu keempat tertinggi iaitu 32.8 darjah Celcius, diikuti Sandakan (31.7 darjah Celcius) dan Kudat (31.0 darjah Celcius).

Bahang panas yang memuncak di Keningau, yang terletak kira-kira 131 kilometer dari sini, turut menjejaskan aktiviti harian penduduknya.

Penduduk Keningau, Cappley Attap, 45, berkata cuaca panas dan kering yang melanda daerah itu hari ini dirasakan lebih teruk berbanding hari sebelumnya.

“Cuaca di Keningau sekarang panas terik. Hari ini adalah hari yang terlampau panas,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Penjawat awam, Aloysius Opong, 49, berkata walaupun berada di dalam rumah, namun bahang panas amat dirasai.

“Cuaca panas dirasai sejak 12 tengah hari tadi,” katanya sambil memberitahu bahawa tanaman sayurnya juga terjejas akibat cuaca panas.

Jovita Pamela, 43, pula memilih untuk kurang keluar rumah bagi mengelak terdedah kepada komplikasi kesihatan seperti strok haba. – BERNAMA

Tags: cuaca panas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah

Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru kepada seluruh rakyat agar menggunakan air secara...

Fenomena Cuaca Panas: Agong Nasihat Rakyat Ambil Langkah Berjaga-Jaga

Fenomena Cuaca Panas: Agong Nasihat Rakyat Ambil Langkah Berjaga-Jaga

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, bertitah menasihatkan rakyat supaya mengambil langkah berjaga-jaga berikutan keadaan cuaca panas yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd