• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenali Virus Zika Dan Ancamannya Terhadap Kesihatan Reproduktif

oleh Ahmad Albab
01/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Pun belum habis memerangi denggi, kita kini diancam virus Zika (ZIKV). Dr Rafdzah Ahmad Zaki, Pegawai Perubatan Kesihatan Awam (Epidemiologi), Jabatan Perubatan Kemasyarakatan & Pencegahan, Universiti Malaya mengupas mengenai virus Zika serta ancamannya terhadap kesihatan reproduktif.

Dr Rafdzah juga adalah ahli Pusat Julius UM (JCUM), satu daripada pusat penyelidikan UM dengan kajian semasanya adalah mengenai pengawasan dan ramalan denggi.

KUALA LUMPUR – Virus Zika (ZIKV) adalah sejenis flavivirus dan ia merebak kepada manusia menerusi gigitan nyamuk Aedes.

Sejak ZIKV pertama kali dikenal pasti dalam manusia pada tahun 1950-an, beberapa siri kes jangkitan Zika berlaku di Afrika, Amerika, Asia dan rantau Pasifik.

Wabak Zika yang melanda sekarang melibatkan kes yang dikesan di Brazil pada bulan Mei 2015. Para penyelidik mengesyaki virus itu mungkin dibawa ke Amerika Selatan sewaktu kejohanan Piala Dunia 2014.

Virus itu kini dilapor merebak ke lebih 30 buah negara.

SIMPTOM VIRUS ZIKA

Simptom paling biasa untuk jangkitan Zika ialah demam, ruam di kulit, sakit sendi, dan ‘conjunctivitis’ (mata kemerahan). Simptom ini lazimnya bermula dua atau tujuh hari selepas digigit nyamuk yang dijangkiti virus ini.

Mereka yang dijangkiti Zika biasanya hanya perlu banyak berehat, minum banyak cecair dan mengambil ubat untuk sakit dan demam. Hanya seorang daripada lima orang yang dijangkiti ZIKV akan jatuh sakit.

Oleh yang demikian, ramai orang yang mungkin tidak sedar mereka telah dijangkiti tetapi akan menjadi pembawa virus ini dan menyebarkan virus itu kepada yang lain.

Jangkitan ZIKV jarang menyebabkan komplikasi serius atau kematian. Bagaimanapun, virus ini memberi ancaman kepada perkembangan neuro janin.

Jangkitan ZIKV juga dikaitkan dengan gangguan saraf ‘Guillain-Barre’ yang jarang berlaku dan boleh menyebabkan kelumpuhan dan dalam kes melampau boleh membawa maut.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan Zika sebagai satu ancaman kepada kesihatan awam global.

WHO meletakkan Zika dalam kategori yang penting sama seperti Ebola, Polio dan selesema Khinzir. ZIKV merebak begitu meluas dan pantas dengan kesan jangka panjang yang teruk terutama ancaman terhadap kesihatan reproduktif.

TRANSMISI SEKSUAL ZIKV

Transmisi ZIKV menerusi kegiatan seksual dilaporkan pada wabak yang berlaku sekarang dan sebelumnya.

Selepas dijangkiti, ZIKV mungkin terus berada dalam air mani meskipun tidak lagi boleh dikesan di dalam darah.

Meskipun risiko pemindahan menerusi kaedah ini amat rendah, ia telah meningkatkan kemungkinan virus ini merebak di negara-negara yang tiada nyamuk Aedes.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) telah mengeluarkan garis panduan untuk pencegahan pemindahan seksual ZIKV.

Lelaki yang tinggal atau telah pergi ke kawasan jangkitan aktif ZIKV dan mempunyai pasangan yang mengandung perlu mengelakkan diri daripada kegiatan seksual atau mengguna dengan kerap dan betul kondom sewaktu melakukan hubungan seks atau sepanjang kehamilan.

CDC juga mengesyorkan pasangan yang pulang dari negara-negara yang terjejas dengan ZIKV supaya tidak mencuba mendapat anak untuk sekurang-kurangnya selama sebulan.

KESIHATAN KANAK-KANAK DAN IBU

Baru-baru ini, pihak berkuasa Brazil melihat peningkatan jangkitan ZIKV dalam kalangan orang awam serta peningkatan bayi yang dilahirkan dengan ‘microcephaly’, satu keadaan yang menyebabkan perkembangan otak yang tidak normal.

Kesan jangka panjang ‘microcephaly’ adalah daripada kelewatan perkembangan yang sederhana kepada kecacatan motor dan intelek yang teruk seperti ‘cerebral palsy’.

Meskipun lebih banyak siasatan saintifik diperlukan, kebanyakan pakar kesihatan bersetuju ada hubungan antara jangkitan ZIKV ketika kehamilan dan ‘microcephaly’.

WHO dijangka mengesahkan hubungan antara ZIKV dan ‘microcephaly’ tidak lama lagi.

Kanak-kanak yang mengalami keadaan ini berdepan dengan jangka hayat yang pendek dan sering menghadapi masalah perkembangan serta kognitif yang teruk.

Memandangkan perkembangan yang terjejas ini, kanak-kanak ini memerlukan penjagaan khas untuk jangka panjang.

Apa yang dibimbangkan sekarang ialah meskipun bayi ibu yang dijangkiti nampak normal, bayi itu mungkin mengalami kelewatan perkembangan mental dan fizikal.

HAK REPRODUKTIF

Tidak dapat dipertikaikan bahawa wanita yang tinggal di kawasan jangkitan ZIKV bimbang untuk hamil.

Tambahan, di sesetengah negara yang mempunyai kes ZIKV, kemudahan perancangan keluarga dan kehamilan tidak mencukupi.

Pilihan untuk wanita hamil menggugurkan kandungan secara selamat juga tidak ada meskipun atas sebab perubatan dan lagipun ini mungkin diharamkan di sesetengah negara.

Keadaan ini akan membahayakan nyawa wanita kerana menjalani pengguguran bayi tanpa cara perubatan yang betul dan tidak menggunakan kemudahan penjagaan kesihatan bagi mengelakkan dihukum.

Cadangan pelbagai kerajaan supaya wanita mengelakkan diri daripada hamil sebagai langkah mengelakkan bayi yang cacat menjejaskan kebebasan pembiakan wanita.

Sebaliknya, pertambahan kanak-kanak dengan kecacatan serta keperluan perhatian perubatan jangka panjang akan membebankan sistem penjagaan kesihatan.
Bagaimanapun, meletakkan beban kepada wanita untuk mengehadkan kesan ZIKV bukanlah penyelesaiannya.

Ianya tidak boleh dikekalkan dan tidak menyokong hak reproduktif wanita. Kaunseling seksual serta reproduktif dan kemudahan lain perlu disediakan untuk membantu wanita yang dijangkiti ini.

APAKAH WUJUD ANCAMAN ZIKV?

Pertalian antara ‘microcephaly’ dan kecatan neurologikal masih belum dibuktikan secara saintifik tetapi negara yang terjejas dengan ZIKV sudah pun menanggung kesan sosial dan ekonomi.

Kesan ZIKV terhadap kesihatan reproduktif dalam masayarakat juga besar.
Meskipun buat masa sekarang tidak ada kes ZIKV di Malaysia, potensi ancaman virus ini tidak boleh dipandang ringan.

Sistem penjagaan kesihatan kita perlu bersedia untuk menampung keperluan kesihatan reproduktif berkait dengan ZIKV.

Dalam kita masih memerangi denggi, kita tidak mampu untuk berdepan dengan masalah ZIKV.

Usaha menyekat virus ini daripada menjangkiti masyarakat kita perlu diutamakan.

Meskipun pemindahan menerusi darah dan kegiatan seksual mungkin boleh berlaku, gigitan nyamuk masih merupakan cara utama pemindahan ZIKV.

Mengawal bilangan nyamuk Aedes dengan memusnahkan kawasan pembiakan mereka adalah tindakan paling proaktif yang boleh kita lakukan untuk menghalang wabak ZIKV di Malaysia.

Peranan saya adalah untuk memantau perkembangan wabak penyakit ini dan merancang kawalan penyakit serta meminimumkan wabak penyakit ini.

Dalam melakukan perkara ini, saya akan mengemaskinikan pengetahuan saya tentang virus/penyakit/wabak. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]fnW4Ze8JdLY[/wpdevart_youtube]

Tags: virus zika
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

1 Bilion Manusia Berisiko Dijangkiti Zika Pada 2080

07/04/2019
0

SATU kajian mendakwa satu bilion manusia berisiko terdedah kepada virus zika menjelang tahun 2080. Menurut kajian itu lagi, pemanasan global...

Johor Akan Terus Pantau Situasi Zika Di Singapura

12/06/2017
0

JOHOR BAHRU - Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru (PKDJB) sedang memantau perkembangan kes virus Zika di Singapura susulan dua kes...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd