• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemiskinan, Diabaikan Punca Remaja Terjebak Aktiviti Dadah

oleh Ahmad Albab
29/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mereka miskin, ibu bapa mereka telah bercerai, dan seorang anak lelaki sulung berusia 16 tahun menjadi ketua keluarga termasuk dua adiknya.

Bagi mereka, wang begitu sukar untuk dicari. Sebagai jalan mudah, anak sulung itu membawa kesemua mereka dalam bisnes dadah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, kes tersebut berlaku pada tahun lalu, melibatkan tiga remaja lelaki berusia antara 13 dan 16 tahun, datang dari keluarga yang kucar-kacir.

“Mereka ditahan di Miri, Sarawak, pada 7 Oktober lalu selepas beberapa bulan menjalankan ‘bisnes’ mereka.

“Perkara ini adalah mengejutkan tetapi ia menunjukkan bahawa ancaman dadah perlu dibanteras dari semua cara supaya golongan belia kita tidak mengambil jalan mudah terjebak dengan aktiviti ini,” katanya, sambil menambah bahawa tiga beradik itu didapati positif dadah walaupun merupakan pengedar secara kecil-kecilan.

Mohd Mokhtar berkata, satu lagi kes berlaku di Kota Baru di mana seorang pesalah termuda akibat dadah ditahan pada 20 Ogos tahun lalu.

“Budak lelaki berusia 11 tahun itu ditahan di belakang rumahnya sleepas melakukan aktiviti mencurigakan.

“Dia didapati positif dadah jenis methamphetamine. Siasatan terhadap kedua-dua kes masih sedang dijalankan,” katanya.

Mohd Mokhtar berkata, dadah perangsang seperti Ecstasy, pil Yaba, heroin dan ganja merupakan antara yang ‘popular’ di kalangan belia.

“Dadah-dadah ini lebih murah berbanding dadah yang berharga tinggi seperti syabu dan ice.”

Sehubungan itu, beliau menyeru masyarakat agar memainkan peranan mereka dalam memerangi ancaman dadah.

“Tempat terbaik untuk memulakan kesedaran mengenai bahaya dadah ialah di rumah. Dalam hal ini, sekolah terbaik adalah di rumah.

“Kita perlu melihat smeula peranan keluarga, rakan sebaya, sekolah dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) bagi memastikan golongan muda menjauhi najis dadah,” katanya.

Tambah Mohd Mokhtar, usaha memerangi dadah merupakan satu tanggungjawab bersama.

“Polis melakukan tugas mereka, jangan salahkan polis semata-mata. Kita semua perlu memainkan peranan bersama,” katanya. – mStar Online

Tags: kes dadahremaja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

06/12/2025
0

KAJANG: Remaja lelaki 17 tahun cedera selepas motosikal ditunggangnya secara melawan arus bertembung kereta di Jalan MKH Boulevard 2, Jalan...

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

15/11/2025
0

KULIM: Seorang pelajar lelaki maut akibat tercampak ke dalam longkang selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd