• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kementerian Tunggu Laporan Kesihatan Kes Pelajar Termakan Kaca

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan sedang menunggu laporan penuh daripada pihak hospital berhubung kes pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Nigel Gardner, Hulu Selangor yang termakan sarapan yang dipercayai mengandungi serpihan kaca.

Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata laporan kesihatan itu diperlukan sebelum tindakan diambil terhadap syarikat pembekalan makanan berkenaan.

“Saya masih menunggu laporan kesihatan itu untuk mengetahui sama ada wujudnya elemen jenayah. Kita tunggu laporan apakah kandungan sebenar dalam mi itu,” katanya ketika mengulas insiden itu.

Dilaporkan pada Ahad lalu, tujuh murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Nigel Gardner, Hulu Selangor dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada Jumaat lepas akibat termakan serpihan kaca dalam mi yang disediakan di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

Mahdzir yang ditemui media selepas Majlis Penyampaian Anugerah Sekolah Terbaik dan Pelajar Terbaik Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM) dan Malaysian University English Test (MUET) Tahun 2015 di sini, berkata ia merupakan kes pertama yang berlaku di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

Beliau turut menasihatkan kontraktor RMT untuk menjaga kebersihan dan kualti makanan.

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut berkongsi rasa marah ibu bapa murid berkenaan dan mengarahkan siasatan menyeluruh dilakukan bagi mengenal pasti masalah dalam prosedur kendalian makanan agar perkara sedemikian tidak berulang. – BERNAMA

Tags: Mahdzir Khalidpelajar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

26/09/2026
0

KUALA PILAH - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Jemaah Nazir menjalankan audit segera susulan kematian seorang murid Tingkatan...

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta orang ramai mendoakan dua pelajar Maktab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd