• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keikhlasan Kerajaan S’gor Selesai Projek Perumahan Dipersoal

oleh Ahmad Albab
23/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar mempersoalkan keikhlasan kerajaan Selangor untuk menyelesaikan isu berkaitan tanah bagi projek perumahan di Ladang Ampar Tenang di Dengkil.

Katanya kerajaan Selangor yang bersetuju menyediakan tanah bagi projek perumahan itu untuk penempatan semula 400 keluarga Taman Permata di Dengkil, dengan membeli tanah seluas 30 ekar daripada Sime Darby pada harga RM12 juta.

Noh, yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor, berkata kerajaan Pusat melalui Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan pula memperuntukkan RM48 juta untuk membina 400 unit rumah setingkat seluas 700 kaki per segi di Ladang Ampar Tenang itu.

Namun, katanya kerajaan Selangor pada Disember lepas menghantar surat kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan untuk meminta membayar premium sebanyak RM12 juta.

“Kalau kerajaan negeri beli tanah RM12 juta dan meminta kerajaan Pusat membayar premium RM12 juta, apakah sumbangan kerajaan Selangor dalam pembinaan rumah untuk penduduk Taman Permata,” katanya kepada pemberita selepas melawat Ladang Ampar Tenang hari ini.

“Sepatutnya apa-apa projek kerajaan Pusat, kerajaan negeri hanya minta pembayaran premium secara nominal dan bukan menjual tanah kepada kerajaan Pusat,” katanya.

Flat lima tingkat di Taman Permata menempatkan 400 keluarga yang dipindahkan daripada Ladang Prang Besar (nama lama Putrajaya) sejak 22 tahun lepas, kini disahkan tidak selamat diduduki berikutan berlakunya mendapan dan keretakan.

Sambil menyifatkan ia permainan politik kerajaan Selangor, Noh berkata tindakan meminta bayaran premium RM12 juta itu bertujuan menggagalkan janji Barisan Nasional untuk membina rumah penduduk di Taman Permata.

“Andai kata kita gagal menunaikan janji membina rumah ini, sudah tentu kerajaan Selangor akan memainkan isu ini dan menyalahkan kerajaan Pusat. Sudah tentu mereka tidak akan mendedahkan bahawa mereka meminta pembayaran premium dari kerajaan Pusat,” katanya.

Noh berkata rumah yang siap kelak akan diberi secara percuma kepada penduduk Taman Permata. – BERNAMA

Tags: Noh Omar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden UMNO Boleh Digulingkan MKT

Presiden UMNO Boleh Digulingkan MKT

15/03/2023
0

KUALA SELANGOR – Kedudukan Presiden UMNO masih boleh digugat termasuk digulingkan sekiranya mendapat undi tidak percaya dua pertiga ahli Majlis...

Najib Pemimpin Berjiwa Besar – Noh

Najib Pemimpin Berjiwa Besar – Noh

22/02/2023
0

PETALING JAYA – Bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar menyatakan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd