• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kecoh, Pelajar ‘Bercakaran’ Berebut Baucar Buku

oleh Ahmad Albab
25/03/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengajian Tinggi sedang menyiasat kejadian huru-hara yang tercetus dalam kalangan pelajar di sebuah kolej universiti di sini berhubung pemberian baucar buku oleh kerajaan.

Kekecohan itu dikatakan tercetus apabila timbul cakap-cakap bahawa hanya 75 peratus daripada pelajar-pelajar di kolej universiti itu akan menerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) berjumlah RM250, berdasarkan ‘siapa cepat dia dapat’.

Jurucakap kementerian tersebut, ketika dihubungi berkata, mereka akan menyiasat kejadian itu.

Beliau memberi jaminan bahawa BB1M bagi tahun terkini akan diperuntukkan berdasarkan nama yang dihantar oleh institusi pengajian tinggi kepada kementerian setakat 31 Disember 2015.

“Kementerian telah mengeluarkan garis panduan mengenai pengagihan BB1M menerusi laman sesawang dan laman Facebook rasminya,” katanya.

Ketika dihubungi, jurucakap kolej universiti itu menggesa semua pelajar yang layak untuk berhubung dengan kakitangan fakulti masing-masing dan tidak hanya percaya dengan apa yang disiarkan di media sosial.

“Mengikut perancangan, pemberian baucar kepada pelajar dibuat dalam tempoh tiga hari bermula dari Selasa.

“Kehadiran adalah sangat baik pada hari Selasa dan Rabu.”

Pada Selasa, kumpulan pelajar berkumpul di pusat pengagihan di kolej universiti itu seawal pukul 6 pagi.

Menurut laporan di media sosial, berlaku pergelutan melibatkan sebahagian daripada mereka apabila terdapat pelajar yang memotong barisan.

Dalam kekecohan itu, kerusi telah dibaling ke tingkap. Sesetengah pelajar memanjat untuk masuk ke dalam bangunan melalui tingkap tersebut.

Selain kekecohan para pelajar juga terpaksa berdepan dengan keadaan cuaca panas, menurut laporan itu.

Ia ditulis di laman Facebook di mana pelajar membincangkan masalah dan memberikan pandangan mereka mengenai kekecohan itu.

Sebahagian daripada pelajar memasukkan gambar dan juga video pelajar sedang memasuki bangunan melalui tingkap.

Menurut salah satu komen, para pelajar telah terlepas kelas kerana perlu beratur selama enam jam.

BB1M, yang dilaksanakan oleh kerajaan melalui Bajet 2012, adalah bantuan buku untuk pelajar Tingkatan Enam dan institusi pengajian tinggi. Baucar tidak boleh ditukar dengan wang tunai. – mStar Online

Tags: Baucar Bukupelajar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

19/09/2025
0

BATU PAHAT: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, memerintahkan seorang sami untuk membela diri atas pertuduhan merogol seorang pelajar perempuan...

2 Pelajar TAR UMT Maut Jatuh Kondominium Sama Dalam 24 Jam

2 Pelajar TAR UMT Maut Jatuh Kondominium Sama Dalam 24 Jam

21/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua pelajar Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) maut selepas terjatuh dari tempat tinggi melalui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd