• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kazakhstan Haram Polis, Penjawat Awam Guna ‘Smartphone’

oleh
22/03/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

ASTANA – Pemerintah negara bekas Kesatuan Soviet, Kazakhstan, bakal melaksanakan larangan penggunaan telefon pintar atau smartphone di tempat kerja untuk semua petugas polis dan penjawat awam tempatan.

Peraturan baharu berkenaan terpaksa diambil secara drastik untuk mencegah gejala kebocoran maklumat rahsia kerajaan yang semakin berleluasa sehingga mencetuskan ancaman keselamatan kepada negara Asia tengah itu.

Lucunya, perintah menerusi pekeliling pihak berkuasa untuk mewartakan larangan itu, turut diperoleh pihak media daripada sebuah dokumen yang juga dibocorkan dari pejabat pemerintah di Astana, ibu kota Kazakhstan.

Semua media tempatan menerima dokumen rahsia memo larangan tersebut pada 17 Mac 2016 dan menurut kenyataan dokumen sulit itu, gajet pintar akan dilarang penggunaannya di tempat kerja mulai 24 Mac ini.

Pihak berkuasa Kazakhstan belum membuat sebarang ulasan berhubung keaslian dokumen yang bocor itu namun ia menjadi bahan jenaka dalam kalangan rakyat berhubung tahap keselamatan rahsia kerajaan sendiri.

Perintah larangan tersebut buat masa ini hanya meliputi polis dan kakitangan awam susulan meningkatnya kes kekerapan informasi rahsia yang diapati bocor menerusi aplikasi WhatsApp disebarkan pengguna telefon pintar.

A man talks on his mobile phone as he walks past a board showing currency exchange rates in Almaty, Kazakhstan, August 20, 2015. REUTERS/Pavel Mikheyev
SEORANG lelaki tempatan berbual menerusi telefon pintar di pusat bandar raya Almaty, Kazakhstan. – Foto REUTERS/Pavel Mikheyev

Seorang pegawai kanan pemerintah Kazakhstan yang enggan didedahkan identitinya pada 18 Mac menyatakan bahawa ramai penjawat awam telah mendengar khabar angin pakaian mereka akan diperiksa di pintu masuk kerja.

Namun, tindakan itu belum dilaksanakan malah Menteri Dalam Negeri, Kalmukhanbet Kasymov mengatakan bahawa anggota polis secara tidak formal memang sudah dilarang menggunakan gajet pintar ketika bekerja.

Kasymov bagaimanapun menafikan peraturan ketat tersebut diperkenalkan dengan mengaitkan pada skandal penyebaran foto mayat seorang mahasiswa tempatan yang menjadi mangsa pembunuhan kejam baru-baru ini.

Foto kontroversi keadaan ngeri mayat berkenaan asalnya diambil oleh seorang anggota polis sebelum ia bocor dan kemudian sensasi viral apabila tersebar luas sehingga ke jaringan media sosial negara tersebut pada bulan lalu.

Kebanyakan pegawai kerajaan juga sebenarnya menolak peraturan baharu itu. Murat Abenov, mantan timbalan menteri pendidikan menyatakan, mereka sekarang boleh sahaja menyelitkan gajet itu di stoking kaki sendiri.

“Telefon pintar dapat membantu pegawai awam melakukan hal-hal penting seperti periksa cuaca sebelum keluar pejabat atau semak perkataan dari bahasa Rusia diterjemahkan ke dalam bahasa Kazakhstan,” kata Abenov. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Baca: Wanita Bujang Haram Guna Telefon Selular Di India

Juga: Saudi Haram Rakam Gambar, Video Dalam Sekolah

Lagi: Taiwan Denda Ibu Bapa Biar Anak Lama Main Tablet

Tags: gajetKazakhstanTelefon Pintar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tuanku Zara Salim Rasmi NCDRC Di UPSI

Next Post

NC Boleh Tutup Universiti Jika Cuaca Panas Melampau

Related Posts

14 Maut Kebakaran Hutan Di Kazakhstan

14 Maut Kebakaran Hutan Di Kazakhstan

11/06/2023
0

ASTANA: Sekurang-kurangnya 14 orang maut dalam kebakaran hutan besar-besaran berlaku di timur laut Kazakhstan. Ikuti Mynewshub: Telegram Ia merupakan angka kematian...

Kazakhstan Tumpu Ekonomi, Tidak Akan Kenakan Sekatan Terhadap Russia

Kazakhstan Tumpu Ekonomi, Tidak Akan Kenakan Sekatan Terhadap Russia

19/03/2023
0

ASTANA: Kazakhstan tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengenakan sekatan terhadap Russia, seperti yang diterapkan sejumlah negara susulan perang di Ukraine....

Next Post

NC Boleh Tutup Universiti Jika Cuaca Panas Melampau

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd