• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak Mati Lemas Ketika Mandi Kolam

oleh Ahmad Albab
28/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Kegembiraan tiga kanak-kanak menghabiskan cuti hujung minggu di Rantau Eco Park di sini berakhir dengan tragedi apabila seorang daripadanya mati lemas petang semalam.

Dalam kejadian pada pukul 3.40 petang itu, kesemua mereka yang berusia lima tahun dikatakan tergelincir ke dalam kolam untuk orang dewasa sebelum disedari lemas oleh orang ramai.

Seorang saksi kejadian Mohd Noor Azmi Ariff, 30, berkata beliau sedang menjaga dua orang anaknya yang sedang mandi di kolam itu sebelum beliau terdengar jeritan orang ramai bahawa terdapat kanak-kanak lemas.

“Saya segera ke kawasan berkenaan bagi memberi bantuan dan saya dapati seorang daripada mangsa kelihatan tidak bermaya dan saya terus membawanya ke klinik berhampiran sebelum ketiga-tiga mereka dipindahkan ke Hospital Tuanku Jaafar.

“Mereka masih bernyawa sewaktu tiba di hospital kecuali kanak-kanak yang saya pangku yang tidak menunjukkan sebarang tindak balas dan dimasukkan ke zon merah hospital. Manakala dua lagi yang dikatakan sepupu kanak-kanak itu, seorang daripadanya dimasukkan ke unit rawatan rapi manakala seorang lagi ke wad biasa,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata mayat mangsa sudah dituntut anggota keluarganya selepas proses bedah siasat selesai dilakukan tengah malam tadi.

Katanya bapa mangsa merupakan anggota polis trafik di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, Selangor.

Jenazah mangsa dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Kampung Sungai Udang, Melaka. – BERNAMA

Tags: kanak-kanakmati lemas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd