Friday, July 19, 2024

Creating liberating content

Pemuda PAS Akui Hadapi...

SHAH ALAM - Pemuda PAS mengakui kualiti tarbiahnya menyebabkan ahli dewan itu kini...

Nama 5 Doktor Didakwa...

Georgetown : Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan...

KTMB Pecat Seramai 37...

KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mendakwa Keretapi Tanah Melayu Berhad...

Sanchez Sah Sertai United,...

MANCHESTER United mengesahkan kelabnya telah mengikat Alexis Sanchez dari Arsenal sementara Henrikh Mkhitaryan...

Jawatankuasa Ditubuh Siasat Kemalangan Di Terowong Menora

KAMPAR – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak menubuhkan satu jawatankuasa siasatan dalaman bagi menyiasat penemuan empat mayat rentung dalam sebuah kereta di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah ke selatan selepas Terowong Menora, Jumaat lalu.

Pengarah JBPM Perak Datuk Yahaya Madis berkata jawatankuasa peringkat jabatan itu akan menyiasat operasi pada hari kejadian yang tidak mengesan kenderaan lain di bawah sebuah treler yang terbakar semasa kerja-kerja memadam kebakaran.

Katanya, jawatankuasa itu juga penting untuk pihaknya memperkemas Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika melakukan operasi memadam kebakaran terutama melibatkan kenderaan.

“Kita kesal memandangkan tidak tahu ada mangsa di bawah treler kerana pemandu dan kelindan juga memberitahu mereka tidak melanggar kenderaan lain semasa terbabas sebelum terbakar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Perkhemahan Kadet Bomba dan Penyelamat Peringkat Negeri Perak 2016 di sini hari ini.


Keempat-empat mayat ditemui lebih 24 jam selepas ia dihempap sebuah treler dalam satu kemalangan pada awal pagi Khamis. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori