• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Indeks Syariah Tak Bertentangan Dengan Perlembagaan

oleh Ahmad Albab
28/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pelaksanaan Indeks Syariah Malaysia dalam negara majmuk ini dipastikan tidak bertentangan dengan perlembagaan atau mengambil hak serta cuba mengubah cara hidup penganut agama lain.

Beliau menegaskan bahawa matlamat utama pelaksanaan Indeks Syariah Malaysia itu adalah bagi memupuk perpaduan ummah di kalangan rakyat.

Selain berpaksikan perlembagaan negara, pelaksanaan Indeks Syariah Malaysia juga sama sekali tidak akan mengambil kuasa Raja-Raja Melayu, yang dijadikan rujukan dalam hal berkaitan agama selaku ketua agama Islam di negara ini, katanya.

“Saya harap tidak timbul keraguan, kebimbangan di kalangan bukan Islam bila kita perkenalkan indeks syariah…saya harap kita semua faham keseluruhannya,” katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perdana Ulama-Umara 2016 dan Pembentangan Laporan Indeks Syariah Malaysia 2015 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini Isnin.

Pada majlis itu, perdana menteri turut mengumumkan Malaysia memperoleh skor keseluruhan Laporan Indeks Syariah 2015 sebanyak 75.42 peratus.

Skor itu berdasarkan penyelidikan komprehensif dan saintifik merangkumi lapan bidang utama yang berkaitan pelaksanaan dasar dan program kerajaan iaitu bidang pendidikan; perundangan Islam; ekonomi; politik; kesihatan; sosial; budaya dan prasarana dan persekitaran.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Najib berkata Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai Pelaksanaan Indeks Syariah Malaysia akan ditubuhkan bagi memastikan pelaksanaannya lebih efektif dan berimpak tinggi.

Katanya beliau sendiri akan mempengerusikan jawatankuasa itu, manakala ketua setiausaha negara memimpin urus selia jawatankuasa itu.

Najib berkata pengenalan indeks itu diharapkan berupaya menjadi satu bentuk penyelesaian terhadap konflik dalam masyarakat negara ini dan dunia Islam di mana istilah ‘negara Islam’ dijadikan punca atau polemik dan perbalahan sehingga berlakunya bunuh membunuh antara sesama umat.

“Projek indeks syariah ini begitu penting dan dekat di hati saya sebagai ketua kerajaan, dan bersama komitmen rakan-rakan dalam kerajaan kita akan pastikan usaha pelaksanaannya dilakukan dengan efektif.

“Kita bersedia untuk indeks syariah ini terus diperbaiki dari semasa ke semasa,” katanya.

Perdana Menteri berkata hubungan, kerjasama dan perbincangan bersama para ulamak akan terus dimantapkan dan pihak lain juga diundang memberi pandangan ke arah penambahbaikan untuk pelaksanaan indeks yang lebih sempurna. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd