• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ikan Bertaring Makin Mudah Ditangkap

oleh Ahmad Albab
24/03/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Selepas hampir dua minggu kejadian sejenis spesies ikan bertaring seakan-akan ikan piranha terpancing oleh nelayan dari Mini Estet Sejahtera (MESEJ) Nala, di Tungku dekat sini, kini ia dilaporkan semakin mudah ditangkap menyebabkan beberapa nelayan di kawasan berkenaan terkejut.

Menurut nelayan, Mohd. Japar Asan, 50, dia bersama rakannya sekali lagi mendapat tiga ekor ikan sama, namun apa yang memeranjatkan mereka lokasi ikan itu lebih dekat dengan kampung berbanding sebelum ini.

“Semalam (kelmarin) kami keluar memancing dan mengambil masa perjalanan hampir 30 minit berbanding sebelum ini yang memakan masa lebih sejam.

“Kawasan perairan ini berhampiran Pulau Buta dan perkara paling mengejutkan kami apabila boleh mendapatkan ikan itu dengan hanya menghumban mata kail pancing sedalam 100 meter,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, sebelum ini, ketika memancing di perairan Bohiyan berdekatan Pulau Gaya, jarak kedalaman mata kail dihumban hampir dua kali ganda berbanding kelmarin.

“Kami merasakan ia semakin mudah dipancing dan selepas pertama kali mendapat hasil tangkapan itu hampir dua minggu lalu… apabila saya turun ke laut pasti akan mendapat ikan yang sama.

“Namun, apa yang terjadi semalam (kelmarin) lebih mengejutkan kerana lebih dekat dengan kawasan perkampungan kami selain paras kedalaman juga tidak dalam untuk mendapatkan ikan berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Daerah Tungku, Kamarudin Hamid berkata, pihaknya berharap ada pihak atau pakar datang melakukan pemantauan berkaitan kejadian itu.

“Mengenai penemuan ikan berkenaan di perairan Tungku, baru-baru ini adalah suatu kejadian pelik kerana ikan itu tidak pernah dipancing sama ada pemancing di daerah ini atau luar.

“Saya harap pakar datang untuk melakukan penelitian mengenai kejadian ini,” katanya ketika dihubungi. – myMetro Online

Tags: IkanNelayan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

Ratusan Ikan Mati, Terapung Di Sungai Ketil

Ratusan Ikan Mati, Terapung Di Sungai Ketil

28/07/2025
0

GUA MUSANG: Kejadian ratusan ikan mati di Sungai Ketil, dekat Taman Rekreasi Rimba Wangi, Taman Wangi, di sini, dua hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd