• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Besar Kongsi Gambar Lucah Hanya Ditukar Sekolah?

oleh Ahmad Albab
18/03/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Keputusan untuk memindahkan segera guru besar yang berkongsi gambar-gambar dan klip video lucah dalam kumpulan chat WhatsApp telah menimbulkan kemarahan ramai ibu bapa.

Beberapa ibu bapa mempersoalkan tindakan Jabatan Pendidikan Sabah yang menukarkan guru besar itu ke sekolah luar bandar selepas tercetusnya kontroversi tersebut.

“Tingkah lakunya adalah serius dan membimbangkan. Bagaimana Jabatan Pendidikan hanya memindahkannya ke sekolah lain?

“Mereka perlu mengeluarkannya dari sekolah dan menempatkannya di pejabat jabatan itu sementara menunggu keputusan,” kata ibu bapa yang marah, namun enggan nama mereka disiarkan.

Guru besar yang dikatakan membentuk sebuah kumpulan WhatsApp, sebelum ini ‘ditangkap’ memuat naik video dan berkongsi gambar-gambar lucah oleh salah seorang ahli dalam kumpulan tersebut.

Individu tersebut, yang segera meninggalkan kumpulan aplikasi perbualan telefon itu dan mendakwa dirinya seorang blogger yang berpangkalan di Sandakan kemudiannya menimbulkan kebimbangan tentang isu ini.

“Kumpulan WhatsApp itu telah dipadam,” katanya yang tidak mahu mendedahkan diri.

Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah, Datuk Jame Alip berkata, siasatan sedang dijalankan dan langkah untuk memindahkan guru besar itu adalah ‘langkah segera’ yang diambil oleh jabatan untuk menenangkan keadaan.

“Ramai ibu bapa marah dan kita memahaminya, itulah sebabnya langkah segera yang terbaik ialah dengan memindahkan guru besar itu,” katanya.

Satu laporan mengenai kes itu akan difailkan dengan Kementerian Pendidikan untuk tindakan lanjut, katanya.

“Ini adalah kes terpencil dan kita perlu berhati-hati mengenai cara menanganinya,” kata beliau sambil menambah sebarang tindakan tatatertib selanjutnya akan ditentukan oleh kementerian.

Ada yang mendakwa bahawa guru besar itu pernah memasukkan guru-guru sekolah dalam kumpulan WhatsApp itu tetapi mereka telah meninggalkannya serta-merta.

Seorang pegawai Kementerian Pendidikan berkata, hukuman paling keras yang mungkin dihadapi oleh guru besar itu adalah dipecat.

“Tetapi terdapat prosedur operasi standard yang perlu dipatuhi sebelum hukuman sampai ke tahap itu,” katanya.

“Bukti kukuh juga perlu dikemukakan bagi menyokong kes.”

Setiausaha Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Datuk Lok Yim Pheng berkata, guru besar itu telah menunjukkan satu contoh yang sangat buruk kepada guru besar lain dan mencadangkan supaya dia dihantar untuk kaunseling.

“Bagaimanapun, kes ini sangat subjektif kerana tidak ada undang-undang yang menyatakan bahawa dia tidak dibenarkan melakukan apa yang telah dilakukan.” – mStar Online

Tags: Guru Besaribu-bapa
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Wanita Perancis Usia 91, Dapat PhD Selepas 30 Tahun

Next Post

Video: Dipanggil ‘Stupid’, Pegawai Trafik Wanita Naik Angin

Related Posts

Bekas Guru Besar Mengaku Tidak Bersalah Terbabit Pengubahan Wang Haram

Bekas Guru Besar Mengaku Tidak Bersalah Terbabit Pengubahan Wang Haram

17/02/2025
0

KUALA TERENGGANU : Bekas seorang guru besar sebuah sekolah di Marang, mengaku tidak bersalah atas tujuh pertuduhan terbabit dalam Pengubahan...

Guru Besar Ditahan Minta Rasuah Lebih RM10,000

Guru Besar Ditahan Minta Rasuah Lebih RM10,000

02/05/2023
0

JOHOR BAHRU : Guru besar sebuah sekolah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Kluang bagi membantu siasatan kerana disyaki...

Next Post

Video: Dipanggil 'Stupid', Pegawai Trafik Wanita Naik Angin

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd