• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, January 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hubungi Wisma Putra Jika Mahu Ke Instanbul

oleh Ahmad Albab
20/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – Rakyat Malaysia yang mahu ke Istanbul dinasihatkan supaya menghubungi Wisma Putra atau Kedutaan Malaysia di Ankara, Turki bagi mengetahui perkembangan di negara itu ekoran insiden serangan bom di Jalan Istiklal di Dataran Taksim, Istanbul, pada Ahad lepas.

Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata bagi memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat dan mengikuti perkembangan semasa di Istanbul, Wisma Putra turut membuka talian 24 jam, 03-88874570.

“Selain itu, orang ramai atau pelancong Malaysia yang berada di sana juga boleh menghubungi kedutaan kita di Ankara di talian +903124463547 atau +903124463548 atau emel [email protected] bagi mendapatkan maklumat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Pembangunan dan Pemodenan Sektor Padi di Pusat Pengeluaran Benih Padi Pertubuhan Peladang Kawasan Lahar Bubu, di sini hari ini.

Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya insiden serangan bom itu yang mengorbankan lima orang dan mencederakan 36 yang lain termasuk 12 warga asing.

Reezal Merican berkata pihaknya akan memantau situasi itu secara berterusan dan memaklumkan perkembangan berkaitan insiden itu dari semasa ke semasa.

Katanya ketika ini terdapat 81 pelajar Malaysia di Istanbul dan kesemua mereka dilaporkan selamat.

“Ramai juga rakyat Malaysia yang berada di sana ketika ini untuk melancong dan setakat ini Wisma Putra mengesahkan tiada rakyat kita yang terlibat dalam insiden itu.

“Bagaimanapun Kedutaan Malaysia berhubung rapat dengan pihak berkuasa di Turki untuk mengesahkan jika ada rakyat Malaysia terbabit dalam serangan itu,” katanya. – BERNAMA

Tags: Wisma Putra
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia-AS Naik Taraf Hubungan Ke Arah Perkongsian Strategik Komprehensif – Wisma Putra

Malaysia-AS Naik Taraf Hubungan Ke Arah Perkongsian Strategik Komprehensif – Wisma Putra

26/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Satu pencapaian bersejarah apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menandatangani...

Rakyat Malaysia Dinasihat Tinggalkan Iran Serta-merta – Wisma Putra

Rakyat Malaysia Dinasihat Tinggalkan Iran Serta-merta – Wisma Putra

17/06/2025
0

SHAH ALAM - Rakyat Malaysia yang berada di Iran dinasihatkan untuk meninggalkan negara tersebut serta-merta melalui apa jua kaedah selamat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd