• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hala Tuju ‘Deklarasi Mahathir’ Tidak Jelas

oleh Ahmad Albab
07/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS tidak menyertai deklarasi pada 4 Mac kerana parti itu tidak jelas dengan hala tuju yang ingin digerakkan oleh kumpulan yang diketuai bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad itu, kata Setiausaha Agungnya Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata deklarasi Mahathir itu tidak memaklumkan tentang tindakan seterusnya yang akan diambil oleh kumpulan yang menandatanganinya terutama tentang siapa pengganti sekiranya Datuk Seri Najib Tun Razak disingkirkan daripada jawatan Perdana Menteri.

“Kami tidak boleh sertai sehingga kami jelas mengenai apa yang sedang berlaku, mesti ada kesinambungan daripada itu tapi kita tidak dimaklumkan tentang apa seterusnya,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-13, di sini hari ini.

Anggota Parlimen Kota Bharu itu berkata PAS turut menolak tindakan menyingkirkan perdana menteri melalui kaedah itu yang menurutnya tidak pernah dilakukan dalam sistem pemerintahan negara ini.

“Tidak pernah berlaku dalam sistem negara ini yang kita boleh tukar perdana menteri melalui cara itu, tidak pernah, malah melalui pungutan suara sekali pun…bukan itu caranya.

“Kita boleh adakan usul untuk undi tidak percaya dalam Parlimen, cara itu boleh. (Tapi) PAS mahu tahu siapa calonnya,” katanya.

Takiyuddin berkata PAS akan memanggil semua anggotanya yang hadir pada majlis deklarasi Mahathir minggu lepas untuk mendengar penjelasan berhubung tindakan mereka.

“Kami akan minta mereka beri penjelasan kenapa mereka berada di sana. Saya sebagai setiausaha agung tak tahu kenapa mereka ada di situ. Bukan saya kata kita akan ambil tindakan, tapi kita akan dapatkan penjelasan mereka,” katanya.

Antara yang hadir pada majlis itu ialah Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali; Ketua Penerangan Dewan Ulama, Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali at-Takiri (PAS-Kuala Nerus); anggota Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Datuk Husam Musa.

Dalam pada itu Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasruddin Hassan (PAS-Temerloh) berkata Khairuddin dihantar menyertai majlis itu untuk mendapatkan maklumat secara dekat berkaitan motif dan matlamat penganjur.

“Kami hantar wakil atas arahan Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dalam masa sama PAS buat keputusan kami tidak terlibat. Mereka yang pergi mungkin diundang secara peribadi,” katanya. – BERNAMA

Tags: Deklarasi RakyatMahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd