• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Haiza Antara Muka Baru Dalam Kool FM

oleh AK-47
02/03/2016
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEKAS penyampai radio Best FM, Haiza merupakan muka baru bagi stesen radio Kool FM, sebuah stesen radio di bawah naungan Media Prima Radio Networks yang memulakan operasinya pada 3 Mac.

Antara muka baharu lain dikatakan bakal mewarnai stesen radio ini adalah Professor Dr. Muhaya Mohamad.

Seelan bersama 'deejay' Kool FM
Seelan bersama ‘deejay’ Kool FM

Stesen radio terbaharu ini bakal ke udara buat permulaan melalui frekuensi 101.3 FM di Lembah Klang dan 90.2 FM di Pulau Pinang.

Ia menyasarkan pasaran pendengar Melayu berumur 25-44 tahun dengan pilihan lagu-lagu lokal dan antarabangsa 1980-an, 1990-an serta lagu hits terkini.

Haiza yang juga merupakan bekas peserta program Gegar Vaganza 2 akan bergandingan dengan bekas penyampai Hot FM, AG menerusi segmen Pagi Di Kool FM  bermula 6 pagi hingga 10 pagi.

Haiza dan AG bergandingan menerusi segmen Pagi di Kool FM

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Radio Media Prima (RRMP), Seelan Paul pemilihan Haiza dibuat selepas melihat gandingannya yang serasi bersama AG ketika diundang menghadiri sesi uji bakat Januari lalu.

Pengalaman pelantun lagu Dag Dig Dug sebagai penyampai radio di salah sebuah stesen radio di Johor Bahru itu juga diambil kira sebelum menyerap beliau menyertai stesen radio baharu tersebut.

Menurut sebuah laman portal hiburan terkenal Malaysia, Haiza atau nama sebenarnya Rohaizah Nordin, 36, memberitahu bahawa penglibatan beliau dalam Kool FM tidak akan menjejaskan karier beliau sebagai penyanyi. –MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=HW7ETaGh52E]

Tags: HaizaKool FM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Elly Mazlein, Zul 2by2 Juara Super Karoks Kool FM

07/05/2017
0

SETELAH beberapa minggu bertanding, kumpulan Apoo yang dianggotai penyanyi Zul 2by2 dan Elly Mazlein akhirnya dinobatkan sebagai juara Super Karoks...

Isteri Ikhwan Kool FM Alami Keguguran

18/04/2017
0

PELAKON dan penyampai radio Kool FM, Ikhwan reda dan menganggap belum rezeki untuk menimang cahaya mata apabila isteri disahkan mengalami...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd