Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Bangunan Hentian Bas Putra...

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan bas ekspres laluan pantai timur di Hentian Bas Putra...

500 Ilmuan Agama Sertai...

GEORGE TOWN - Sebanyak 500 ilmuan agama dan pembimbing haji daripada Turki, Kemboja,...

Pusat Pemeriksaan Diserang 5...

KAHERAH - Lima anggota keselamatan terbunuh selepas militan melepaskan tembakan rambang di sebuah...

BNM Keluar Rangka Kerja...

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengeluarkan rangka kerja secepat mungkin untuk...

Haiwan Juga Boleh Terdedah Kepada Strok Haba

ALOR SETAR – Cuaca panas melampau yang berlaku ekoran fenomena El Nino kebelakangan ini mendatangkan kebimbangan terjadinya strok haba bukan sahaja terhadap manusia malah haiwan peliharaan.

Berikutan cuaca panas itu, suhu paling tinggi telah dicatatkan pada 20 Mac lalu di Kedah mencecah 39 darjah Celcius, menimbulkan kebimbangan orang ramai tentang strok haba.

Strok haba bukan sahaja berlaku kepada manusia, juga terhadap haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing yang terdedah di bawah cuaca panas.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kedah Dr Kamaliah Ghazali berkata sehingga kini, tiada sebarang laporan berkaitan kes strok haba terhadap haiwan namun pihaknya sentiasa berada dalam keadaan bersedia.

“Haiwan yang mengalami strok haba akan menunjukkan simptom seperti masalah pernafasan, pergerakan yang perlahan, masalah untuk bergerak dan bagi haiwan seperti anjing pula ia akan kerap menjelirkan lidah berikutan suhu badan meningkat,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sekiranya haiwan itu tidak diletakkan di tempat teduh dan dikurangkan haba badan dengan segera, ia boleh menyebabkan haiwan itu rebah.

“Haiwan yang menunjukkan simptom strok haba perlu diletakkan di kawasan teduh dan cuba dikurangkan suhu badan dengan menggunakan ais atau air. Kipas dan pendingin hawa juga boleh digunakan,” kata Dr Kamaliah.


Sementara itu, Ima Ilyani Ibrahim, 33, pemilik kucing baka Parsi berkata kucingnya yang mesra dengan panggilan ‘Kitty’ dibiarkan di dalam rumah dan tidak dibawa keluar sepanjang keadaan cuaca panas ini kerana bimbang dengan kesihatan kucingnya.

“Dua bulan lalu, Kitty menjalani pembedahan membuang batu karang jadi dia masih dalam proses penyembuhan, jadi saya bimbang strok haba boleh menyebabkan kesihatannya bertambah buruk. Tambahan pula, bulunya yang tebal dan panjang akan menyebabkan suhu badannya naik dengan cepat.

“Di rumah, saya akan sediakan air minuman dengan secukupnya sebelum saya ke tempat kerja. Saya juga memberi makanan tambahan yang disyorkan doktor untuk membantu menguatkan sistem antibodinya,” katanya.

Nur Shahirah Azhar, 22, yang memelihara tupai terbang (sugar glider) sejak tiga bulan lepas, berkata haiwan peliharaannya itu aktif pada waktu siang dan gemar memanjat pokok, namun bagi memastikan haiwan kesayangannya itu tidak sakit, dia menyediakan pokok tiruan kecil di biliknya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori