KUALA LUMPUR – Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter melanda Laut Bismarck, 204 km barat daya Kavieng, Papua New Guinea hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan menyatakan bahawa gempa bumi itu berlaku pada pukul 5.47 pagi, kira-kira 3,522 km tenggara Semporna, Sabah.
Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Orang ramai boleh memantau perkembangan in menerusi laman Facebook https://www.facebook.com/malaysiamet dan Twitter https://twitter.com/malaysianmet. – BERNAMA

