• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gantung Jawatan Muhyiddin Demi Kesempurnaan Perjalanan Parti

oleh Ahmad Albab
03/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penggantungan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO dibuat mengikut perlembagaan parti dan demi kesempurnaan perjalanan parti, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata penggantungan jawatan Muhyiddin dibuat di bawah kuasa sedia ada dan lebihan (residual powers) Majlis Tertinggi (MT) seperti di dalam Fasal 10.15.

“Manakala fasal 9.12 Perlembagaan UMNO adalah berkenaan ‘pelucutan jawatan’ mana-mana Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Ianya berbeza dengan penggantungan jawatan membabitkan Muhyiddin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

MT UMNO pada Jumaat lepas sebulat suara membuat keputusan menggantung jawatan Muhyiddin berkuat kuasa serta merta sehingga pemilihan MT akan datang.

Keputusan itu diambil selepas MT berpuas hati Muhyiddin gagal menjalankan tugasnya sebagai timbalan presiden mengikut fasal 9.8.1 Perlembagaan parti dan tugas-tugas timbalan presiden kini dijalankan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Hari ini, Muhyiddin mendakwa penggantungan jawatannya itu tidak mengikut prosedur dan perlembagan parti dan oleh itu beliau akan merujuk perkara tersebut kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Tengku Adnan menjelaskan, MT UMNO merupakan badan keputusan tertinggi di dalam ketiadaan Perhimpunan Agung Tahunan dan ini jelas di dalam Fasal 9.1 Perlembagaan UMNO.

“Apa jua keputusan Majlis Tertinggi akan dimaklumkan kepada Perhimpunan Agung bila tiba masanya,” katanya.

Tengku Adnan berkata mengikut Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966, pertikaian atau keputusan parti tidak boleh dicabar di mahkamah manakala Seksyen 16 Akta Pertubuhan ialah berkenaan pertikaian sesama ahli atau kalangan ahli.

“Ianya tidak terangkum dalam kes penggantungan jawatan Muhyiddin,” katanya sambil menambah, saluran yang patut diambil ialah berbentuk dalaman parti sahaja. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]S5lGc32wKI0[/wpdevart_youtube]

Tags: Tengku Adnan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Rasuah Tengku Adnan: PH Kecewa Keputusan Peguam Negara

22/11/2021
0

KUALA LUMPUR : Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menyatakan rasa terkejut dan kecewa susulan keputusan Peguam Negara yang membatalkan rayuan...

Ku Nan Cuti Sakit, Prosiding Bela Diri Tangguh

20/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Prosiding membela diri Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terhadap pertuduhan menerima suapan RM2 juta daripada seorang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd