• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gangguan Bekalan Air Di Seremban, Jempol

oleh Ahmad Albab
02/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Beberapa kawasan di Seremban akan mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam bermula pukul 10 pagi pada 8 Mac ini.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS), Norzita Ismail berkata ia berikutan kerja pengalihan paip di persimpangan Jalan Sungai Ujong ke persimpangan Jalan Labu di sini dan di kawasan perindustrian Arab-Malaysian, Nilai.

Menurutnya kerja pengalihan paip itu merupakan antara usaha berterusan SAINS dalam menambah baik dan meningkatkan mutu bekalan air demi kepentingan pelanggan pada masa hadapan.

Antara kawasan yang terlibat di Seremban ialah seluruh Seremban 2, seluruh S2 Height, Taman Mantau Indah, Oakland, Rasah Kemayan, kawasan perindustrian Arab-Malaysian, Taman Desa Saga dan Taman Desa Ria.

Selain itu, katanya beberapa kawasan di daerah Jempol turut mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam mulai pukul 8 pagi hari yang sama berikutan kerja pembersihan di kolam imbangan Taisho, Bahau.

Antara kawasan terlibat di daerah Jempol ialah Bahau, Mahsan, Batu Kikir, seluruh kawasan Lui (Lui Barat, Timur, Selatan, Muda & Sg. Lui), Jalan Bahau-Batu Kikir, Jalan Bahau-Kuala Jempol, Serting Tengah, Serting Hulu, Felda Raja Alias.

Feldajaya, Bandar Seri Jempol, sebahagian Rompin, Ladang Geddes, Kampung Serampang Indah, Kampung Sampo, Pusat Latihan Polis Ayer Hitam (PULAPAH), Pekan Jelai dan Bandar IOI Bahau.

Norzita berkata bekalan air akan disambungkan semula selepas waktu yang dinyatakan dan dijangka pulih secara berperingkat.

Bagaimanapun, katanya beberapa kawasan tinggi dijangka mengalami tempoh pemulihan yang lebih lama.

Pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi SAINS di talian bebas tol 1-800-88-6982. – BERNAMA

Tags: bekalan airSains
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

01/08/2025
0

Terputus bekalan air ni satu isu...yang InsyaAllah pastinya akan diatasi Baginda Tuanku dengan pentadbiran negeri tidak lama lagi. Dapat dilihat...

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

05/05/2024
0

GEORGETOWN: Kerajaan Perak bersetuju membekalkan air kepada Pulau Pinang melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian ke Seberang Perai. IKUTI CHANNEL...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd