• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gabungan NGO M’sia Serah Memorandum Bantah Deklarasi Mahathir

oleh Ahmad Albab
18/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Lebih 500 anggota gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia berhimpun di luar pagar Yayasan Kepimpinan Perdana di Presint 8 di sini, hari ini bagi menyerahkan memorandum membantah deklarasi yang dibuat bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini.

Cuaca panas terik pada kira-kira 3 petang yang menyebabkan ramai bermandi peluh, tidak menghalang mereka yang terdiri daripada masyarakat Malaysia berbilang bangsa dan pelbagai peringkat umur, untuk berhimpun kira-kira sejam.

Turut kelihatan di hadapan pagar Yayasan Kepimpinan Perdana ialah anggota dan pegawai polis beruniform dan berpakaian preman yang memantau bagi memastikan keadaan terkawal.

Selain berhimpun, anggota NGO berkenaan turut memegang pelbagai sepanduk bertulis ‘Undur Mahathir Undur’, ‘Mahathir Bersekongkol Dengan Pembangkang’, ‘Mahathir Khianati Perjuangan UMNO’, ‘Kami Tolak Deklarasi Rakyat’ dan ‘Mahathir Kembali Ke Pangkal Jalan’.

Mereka yang berhimpun, tiba di Yayasan Kepimpinan Perdana dengan menaiki beberapa buah bas, kereta dan menunggang motosikal secara berkumpulan.

Memorandum membantah deklarasi Mahathir itu diserahkan oleh Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia Datuk Jamal Md Yunos kepada Penolong Pegawai Khas Dr. Mahathir, Muhamad Fazil Saad.

Jamal ketika bercakap kepada pemberita, berkata gabungan NGO-NGO Malaysia membantah dan menolak deklarasi Mahathir yang tiada asas kepentingan rakyat dan negara.

“Gabungan NGO-NGO Malaysia juga berikrar untuk bersama kepimpinan negara Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya.

Pada 4 Mac lepas, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir adalah antara lebih 50 individu menandatangani deklarasi menyokong penyingkiran Najib, diketuai Tun Dr. Mahathir. – BERNAMA

Tags: Mahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd