JIKA sebelum ini kota Paris dan London sering menjadi destinasi percutian keluarga bahagia pelakon Rozita Che Wan, namun kali ini Che Ta membawa pula anak-anaknya melakukan ibadah umrah di tanah suci Makkah.
Diiringi tiga anaknya, Ammar Effendi, Aniq Ezra dan Aaisyah Dhia Rana, kunjungan aktres itu walau bagaimanapun tidak disertai suaminya, Zain Saidin.
Difahamkan Zain tidak mendapat pelepasan daripada sebuah produksi kerana terikat dengan komitmen kerja.
Seperti biasa sesi photoshoot memang wajib ada dalam agenda percutian Che Ta dan ia juga tidak terkecuali ketika mereka sedang mengerjakan umrah.
Che Ta kelihatan sungguh manis berpurdah sementara anak kecilnya memang persis baby Arab, comel sungguh!
Kecil-kecil dah nampak aura Aaisyah boleh jadi model jelita bila dah besar nanti kan. – MYNEWSHUB.CC