• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

EAIC Syor APMM Wujudkan Pusat Pemantauan Di Kuala Sungai Burung

oleh Ahmad Albab
06/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) disaran mewujudkan pusat pemantauan di kawasan kuala Sungai Burung, Perak sebagai langkah menangani kejadian pencerobohan bot pukat kenka di Tanjung Piandang, Kuala Kurau, Perak.

Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) Datuk Yaacob Md Sam berkata APMM perlu menambah bilangan anggota penguatkuasa, pos kawalan, menyediakan peralatan mencukupi serta melakukan rondaan secara mengejut ke kawasan berkenaan.

“Ini bagi memastikan bot-bot pukat tidak terus merosakkan ekosistem hidupan laut yang sekali gus menjejaskan hasil tangkapan dan pendapatan nelayan pesisir pantai,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Ini adalah antara langkah yang dicadangkan EAIC berikutan kejadian pencerobohan bot kenka di kawasan berkenaan.

Yaacob berkata APMM juga perlu mengemas kini semula prosedur operasi standard (SOP) dan tatacara dalam mengendalikan aduan supaya segala maklumat atau identiti pemberi maklumat tidak dibocorkan.

Beliau berkata Jabatan Perikanan juga perlu menghapuskan lesen pukat kenka, dan tidak menyambung lesen sedia ada yang tamat tempoh.

Selain itu, katanya peruntukan di bawah Akta Perikanan perlu dipinda supaya hukuman, kompaun atau denda yang lebih berat dapat dikenakan kepada pemilik bot kenka kerana melanggar syarat lesen bot penangkapan atau peralatan penangkapan ikan.

“Kami harap syor ini dapat mengatasi masalah berkaitan pencerobohan dan ia dapat diatasi dengan penuh berintegriti oleh semua pihak terlibat,” katanya.

Selain itu, beliau turut meminta tiga agensi utama iaitu APMM, Jabatan Perikanan dan Polis Marin untuk sentiasa mengadakan rondaan pemantauan bersama dengan lebih kerap bagi memastikan pencerobohan bot ini dapat dikurangkan.

Isu pencerobohan bot-bot kenka di kawasan perairan berkenaan berlaku sejak 2007 dan masih berterusan hingga kini kerana tiada tindakan proaktif dan berkesan oleh agensi penguatkuasaan, menyebabkan pengusaha bot mengambil kesempatan mencerobohi kawasan tangkapan ikan yang mereka tidak dibenarkan beroperasi, katanya. – BERNAMA

Tags: APMM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

07/12/2025
0

KEMAMAN, 6 Disember – Seramai 15 anak kapal sebuah kapal kargo yang mengalami kebocoran serius ketika dalam pelayaran dari Lumut,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd