• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Drama EgyptAir: Kerana Cinta Perampas Jadi Bodoh

oleh
31/03/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

LARNACA – Aksi dramatik seorang lelaki Mesir merampas pesawat EgyptAir sebelum menyerah diri di lapangan terbang ibu negara Cyprus di sini rupa-rupanya berpunca daripada kisah cinta yang boleh dianggap agak bodoh.

Walaupun punca sebenar kejadian tidak diketahui, namun Presiden Cyprus, Nicos Anastasiades mengesahkan bahawa kejadian nekad itu tiada pun kaitan dengan aktiviti keganasan antarabangsa termasuk militan Daesh.

Malah seorang pegawai kerajaan negara di Laut Mediterranean itu yang enggan dikenal pasti dengan selamba memberitahu beberapa wartawan: “Nampaknya suspek perampas tersebut tengah dilamun cinta yang dahsyat.”

Perkara itu turut diulas Anastasiades ketika menjawab soalan pemberita mengenai insiden tersebut dan berkata: “Memanglah selalunya sebab perempuan. Lelaki ini bukan pun anggota mana-mana kumpulan pengganas!”

Sebelum itu, pegawai kementerian luar Mesir di Kaherah dilaporkan berkata dalam satu kenyataan: “Lelaki itu bukan pengganas, dia bodoh. Pengganas memang gila, tetapi tidak bodoh. Lelaki ini memang nyata bodoh.”

hijack1
VISUAL stesen televisyen menunjukkan perampas EgyptAir menyerah diri kepada pihak polis Cyprus.

Dalam pada itu, seorang pegawai polis Cyprus yang enggan dinamakan berkata, suspek turun dari pesawat itu sebelum ditahan polis antikeganasan sekali gus mengakhiri drama rampasan kapal terbang yang cukup singkat.

Katanya, lelaki itu memakai tali pinggang, tetapi tiada bahan letupan. Suspek sebelum itu meminta ditemukan dengan seorang wanita tempatan yang dikenal pasti sebagai bekas isteri yang juga ibu kepada empat anaknya.

Pesawat malang itu dalam penerbangan domestik dari Iskandarian ke Kaherah sebelum suspek mengarahkannya dilencongkan ke Cyprus tetapi bertindak menyerahkan dirinya sendiri selepas membebaskan semua penumpang.

Tindakannya menyerah diri menamatkan drama selama beberapa jam di Lapangan Terbang Larnaca, selatan Cyprus. Sebelum itu dia membebaskan kebanyakan penumpang kecuali empat anak kapal dan tiga penumpang.

hijack2
POLIS tempatan mengawal pesawat EgyptAir yang dirampas sebelum drama rampasan berakhir.

Hanya beberapa minit sebelum ditahan, stesen televisyen tempatan menyiarkan visual menunjukkan beberapa tebusan turun dari pesawat itu dan seorang dipercayai anak kapal memanjat keluar lari dari tingkap kokpit.

Setiausaha Tetap Kementerian Luar Cyprus, Alexandros Zenon mengesahkan suspek mengakhiri ketegangan itu sebelum ia disahkan Perdana Menteri Mesir, Sharif Ismail serta Menteri Penerbangan Awamnya, Sharif Fathi.

“Semua penumpang dan anak kapal disahkan selamat,” kata Sharif dalam siaran televisyen kebangsaan. Pesawat MS181 itu membawa sekurang-kurangnya 55 penumpang termasuk 26 warga asing dan tujuh anak kapal.

Ia dalam penerbangan tempatan yang lazim mengambil masa 30 minit. Agensi berita Mesir, MENA melaporkan pihak polis mengenal pasti suspek sebagai Seifedeen Mustafa yang turut disahkan pegawai kanan di Cyprus.

Kenyataan awal dikeluarkan oleh Kementerian Penerbangan Mesir turut menyatakan lelaki tersebut mendakwa mempunyai tali pinggang berisi bom yang kemudian didapati adalah palsu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Baca: Penumpang British Selamba Selfie Dengan Hijacker

Juga: EgyptAir Dirampas, 4 Warga Asing Jadi Tebusan

Tags: CypruskaherahMesir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bangunan Penginapan Pelajar Johor Di Mesir Dipecah Masuk

Bangunan Penginapan Pelajar Johor Di Mesir Dipecah Masuk

28/09/2025
0

Johor Bahru: Bangunan penginapan sementara pelajar Johor di Nasr City, Kaherah, Mesir dilapor dipecah masuk ketika pelajar sedang tidur, awal...

Runtuhan Kota Purba 2,000 Tahun Ditemui Di Mesir

Runtuhan Kota Purba 2,000 Tahun Ditemui Di Mesir

27/08/2025
0

ISKANDARIAH: Pihak berkuasa Mesir pada Khamis lalu mengumumkan penemuan bahagian kota purba yang tenggelam di perairan Iskandariah, termasuk serpihan bangunan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd