• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Denggi Kembali Meningkat, 100 Kes Dilapor Setiap Minggu Hilmi

oleh Ahmad Albab
06/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALIK PULAU – Kes denggi kembali menunjukkan peningkatan dengan sekurang-kurang 100 kes dicatatkan setiap minggu di seluruh negara.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata pihaknya kini giat melaksanakan aktiviti membasmi Aedes bagi memastikan bilangan kes demam denggi dikurangkan.

Katanya, sebanyak 2,885 kes denggi dicatatkan pada minggu lalu, iaitu peningkatan sebanyak 100 kes berbanding minggu sebelumnya iaitu 2,785 kes.

“Angka ini amat membimbangkan kita…Selangor masih mengungguli carta teratas sebagai negeri terbanyak mencatatkan kes demam denggi,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 789 penerima dari Dewan Undangan Negeri Bayan Lepas di Sekolah Menengah Teluk Kumbar 2 di sini hari ini.

Dr Hilmi berkata faktor yang menyumbang kepada kedudukan Selangor itu, kemungkinan disebabkan faktor kepadatan penduduk di negeri berkenaan lebih tinggi berbanding negeri lain, sekali gus menyebabkan usaha pembasmian Aedes kurang berkesan.

“Di kawasan padat penduduk, memang sukar kawal sistem perparitan, sampah sarap, malah kebersihan kawasan persekitaran,” katanya.

Justeru Dr Hilmi menyeru orang ramai agar menjaga kebersihan rumah masing-masing selain perlu mengadakan gotong-royong pada setiap minggu untuk membasmi tempat pembiakan Aedes.

“Penduduk setempat juga perlu lebih rajin membersihkan kawasan persekitaran mereka dan jangan hanya tunggu petugas daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) mengadakan gotong-royong,” katanya. – BERNAMA

Tags: denggiHilmi Yahaya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lonjakan Denggi Ancam Singapura

09/06/2022
0

SINGAPURA – Pemerintah Singapura menyatakan bahawa republik itu sedang berdepan dengan situasi kecemasan bagi wabak demam denggi selepas mencatatkan lonjakan...

Denggi Naik 70 Peratus, HFMD Masih Paras Amaran Di Selangor

13/05/2022
0

SHAH ALAM : Kes demam denggi di Selangor mencatatkan peningkatan 70 peratus iaitu sebanyak 9,357 kes dilaporkan setakat ini. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd