• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DBKK Sambut Baik Usaha Jalin Kerjasama Jaga Kebersihan

oleh Ahmad Albab
12/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sentiasa mengamalkan dasar pintu terbuka jika ada mana-mana pihak yang ingin menjalin kerjasama dalam aspek penjagaan kebersihan di kawasan bandar raya ini, melalui program anak angkatnya.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai berkata perkara berkenaan adalah penting dan selaras dengan usaha DBKK untuk menjadikan bandar raya ini bersih.

“Sasaran utama program kita adalah untuk meningkatkan imej dan identiti bandar raya Kota Kinabalu sebagai bandar raya bersih, hijau dan selesa untuk didiami,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Khidmat Masyarakat antara DBKK dan Kolej Sidma Sabah di Dataran Bandaraya Kota Kinabalu, di sini hari ini.

Kira-kira 300 peserta yang terdiri daripada para pelajar dan kakitangan Kolej Sidma Sabah dan Universiti Antarabangsa Unitar serta kakitangan DBKK turut serta dalam program itu yang bermula dari Anjung Senja hingga ke kawasan Suria Sabah.

Sementara itu, Pengerusi Kolej Sidma Prof Dr Morni Kambri berkata melalui program yang akan diadakan tiga bulan sekali itu, ia akan menaikkan imej Kolej Sidma, bukan sahaja dalam bidang pendidikan malah khidmat sosial.

“Program ini bertujuan untuk membersihkan dan mencantikkan lagi bandaraya Kota Kinabalu, di samping memupuk semangat cintakan alam sekitar dalam kalangan orang awam,” katanya. – BERNAMA

Tags: DBKLKota Kinabalu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Anggota Penguat Kuasa DBKL Kena Kompaun Buang Sampah Dari Kenderaan Rasmi

Anggota Penguat Kuasa DBKL Kena Kompaun Buang Sampah Dari Kenderaan Rasmi

24/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan terhadap seorang kakitangannya kerana membuang sampah daripada kenderaan rasmi selepas...

JIM, DBKL Serbu Pasar Pudu, 186 PATI Ditahan Dalam Ops Kutip

JIM, DBKL Serbu Pasar Pudu, 186 PATI Ditahan Dalam Ops Kutip

21/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB KUALA LUMPUR – Seramai 186 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi bersepadu berskala besar yang dijalankan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd