SEORANG pembantu guru di sebuah sekolah rendah di County Durham, England, Gemma Laird telah dipecat sebaik gambarnya melakukan sesi modelling untuk jenama pakaian dalam tersebar, baru-baru ini.
Fotonya yang bergaya dengan pakaian dalam jenama Lexi Fashions itu dipercayai dijumpai ibu bapa kepada muridnya lalu melaporkannya kepada pihak pengurusan sekolah.


Menurut Gemma, dia diberhentikan kerja oleh pengetua, Laura Liddell untuk menjaga imej dan reputasi sekolah terbabit.
“Dia (Laura) cakap dia tidak mahu pelajar merasakan ia adalah wajar menjadi seorang model. Dia membuatkan saya rasa kotor dan seperti pelacur. Ia tidak masuk akal,” ujarnya yang kecewa dengan tindakan sekolah tersebut.
Sekolah itu telah turut meletakkan syarat kepada semua guru dan staf agar menunjukkan teladan dan contoh yang baik kepada pelajar menerusi media sosial masing-masing agar pelajar tidak terpengaruh dengan anasir-anasir negatif di luar sana. – MYNEWSHUB.CC

