MEMANG aneh apabila nama Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak disebut oleh tokoh-tokoh UMNO berprofil tinggi waima beliau ialah bekas Perdana Menteri dan Presiden UMNO paling lama memerintah negara ini iaitu 22 tahun.
Namun itulah yang berlaku ketika berlangsung majlis perasmian serentak Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Empat Peringkat Negeri Perak di Stadium Indra Mulia, Ipoh pada Ahad lalu yang menarik perhatian banyak pihak.
Ia berikutan cara unik Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang merasmikan majlis itu atau Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir yang turut berucap pada program tersebut.
Ramai pemberita dan perwakilan parti dilaporkan tidak sedar nama Mahathir langsung tidak disebut malah ketika merujuk Tun, mereka hanya guna perkataan ganti nama seperti bekas, mantan, tokoh dulu dan pemimpin lama.
Beberapa portal berita tempatan melaporkan, tidak ada siapa berani menolak ia memang disengajakan malah Ahmad Zahid, dalam sidang media selepas majlis perasmian masih guna ganti nama merujuk kepada Mahathir.
Ia mungkin menimbulkan banyak tanda tanya tetapi pihak media yang membuat liputan program tersebut faham mengapa nama besar itu tidak perlu lagi disebut berulang kali susulan isu Deklarasi Rakyat diketuai Mahathir.
Bukankah mantan pemimpin itu sudah mengisytiharkan dirinya ssecara terbuka keluar daripada UMNO dan kini menjuarai usaha keras pembangkang dalam menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bagi terlepas pandang, dua tokoh berasal dari Perak yang berada di atas pentas itu iaitu Ahmad Zahid dan Zambry pernah ditahan secara zalim di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semasa zaman rejim Mahathir.
Ironi bukankah dahulu ramai pemimpin pembangkang pernah ditahan di bawah ISA sewenang-wenangnya oleh Mahathir, tetapi baru-baru ini menganjurkan acara ‘Selamatkan Malaysia’ demi agenda menggulingkan Najib.
Untuk rekod beberapa hari lalu Mahathir bersama kira-kira 50 individu termasuk otai DAP, Lim Kit Siang; anak kesayangan Mahathir, Mukhriz selain Tan Sri Muhyiddin Yassin menandatangani Deklarasi Rakyat di ibu negara.
Negarawan itu membuat lawak kelakar apabila mendesak Perdana Menteri agar segera letak jawatan namun pada masa sama, melalui deklarasi pelik tersebut Mahathir turut mendesak rakyat untuk turut sama berbuat demikian.
Lucunya, Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail yang tidak hadir pada acara deklarasi itu memusing cerita apabila mendakwa konon Mahathir menyokong pembebasan suaminya, Anwar Ibrahim daripada penjara atas kes liwat.
Ketua Pembangkang di Parlimen itu malah dengan selamba mendakwa Pakatan Harapan tidak pun memerlukan Mahathir sebaliknya Mahathir sebenarnya yang memerlukan pembangkang setelah beliau ditolak UMNO.
Berbalik kepada kisah di sebalik majlis perasmian itu, kira-kira 5,000 orang hadir. Ia dirasmikan oleh Ahmad Zahid merangkap Naib Presiden UMNO yang kini menjalankan tugas-tugas rasmi Timbalan Presiden parti itu.
Perak muncul sebagai negeri pertama mengadakan persidangan serentak peringkat cawangan. Boleh dikatakan 99 peratus perwakilan memakai baju berwarna merah dan Zahid dilaporkan teruja dengan ‘lautan merah’ itu.
Beliau malah mencadangkan agar persidangan tahun depan, semua perwakilan turut memakai baju berwarna merah yang sinonim dengan warna dipakai peserta demonstrasi aman di Padang Merbok, Kuala Lumpur.
Himpunan Rakyat Bersatu yang dihadiri lebih 200,000 orang Melayu mengisytiharkan sokongan kepada kerajaan dan kepimpinan Najib selaku Perdana Menteri itu diadakan pada Hari Malaysia iaitu 16 September 2015 lalu.
Ia diadakan sebagai tindak balas ekoran perlakuan biadap 20,000 peserta Bersih 4.0 atau juga disebut Baju Kuning menjelang sambutan Hari Kebangsaan 2015 bagi menjatuhkan Najib dan turut dihadiri Mahathir sendiri.
Sebelum majlis perasmian itu bermula dengan disempurnakan Ahmad Zahid dan diikuti ucapan Zambry selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri tersebut, perwakilan khabarnya mendengar satu taklimat khas.
Mesyuarat tersebut diadakan secara tertutup daripada liputan wakil media tempatan namun pihak UMNO negeri masih lagi membenarkan petugas media untuk membuat liputan ucapan perasmian oleh Zahid dan Zambry.
Ucapan Zahid berkisar kepada betapa perlunya ahli-ahli UMNO bersatu padu dan bersatu hati menyokong UMNO dan kepimpinan Najib selaku Presiden dan Perdana Menteri tanpa perasaan berbelah bahagi.
Dalam ucapannya juga, beliau memberikan puji-puijian kepada Zambry dan UMNO Perak yang diterajui Menteri Besar Perak itu, “atas kesatupaduan yang dipamerkan oleh kepimpinan seluruh peringkat akar umbi.â€Â
Ahmad Zahid berkata, walaupun parti sedang menghadapi tentangan kuat bukan sahaja daripada luar dan dalaman, namun UMNO Perak pimpinan Zambry tetap mantap dengan mempamerkan kesatupaduan.
“Kami benar-benar teruja dengan kesatupaduan yang dipamerkan oleh kepimpinan seluruh akar umbi Perak,’’ katanya merujuk kepimpinan tertinggi UMNO melihat Perak berada di tahap kesatupaduan yang cukup mantap.
Meskipun menghadapi pelbagai cabaran yang cuba menggugat keutuhan parti, UMNO Perak ujar Zahid sentiasa teguh bersama-sama pucuk pimpinan parti termasuk menghadapi gerakan Deklarasi Rakyat baru-baru ini.
“Saya yakin dan percaya apabila telah wujud perpaduan dalaman, maka segala permasalahan dan cabaran yang mendatang akan dapat dirungkai kekusutannya dengan cara terbaik,’’ tambah Ahmad Zahid.
Sehubungan itu, kata beliau, UMNO Pusat akan terus memberikan sokongan jitu kepada UMNO Perak dalam memperjuangkan agenda parti bagi membela nasib masa depan bangsa, agama dan negara.
Dalam pada itu, Zambry turut mengulangi pendirian UMNO Perak untuk terus berdiri teguh di belakang kepimpinan presiden parti dalam menghadapi cabaran gerakan deklarasi oleh pihak pembangkang.
“Mereka yang cuba menjatuhkan pemimpin dan kerajaan hari ini. UMNO Perak seperti kata orang Sabah “tatap setia†bersama pucuk pimpinan parti dalam menghadapi cabaran ini,’’ kata beliau.
Sementara itu dalam satu sidang media pula, Ahmad Zahid yakin melalui perpaduan atau “kesatupaduanâ€Â, UMNO tidak boleh digugat dan ia lebih penting menjelang pilihan raya umum yang akan datang.
Kata beliau, walaupun ada gerakan konon membuat deklarasi atas nama rakyat bagi tujuan jahat menjatuhkan pemimpin sedia ada, hal ini sebenarnya boleh ditangani dengan baik jika wujud perpaduan jitu.
Dalam konteks ini, Ahmad Zahid berkata jika masalah berbangkit diselesaikan dengan cara baik dan masalah dalaman parti dirungkaikan kekusutannya, beliau yakin ianya akan jadi sesuatu yang positif kelak.
Seperti disebut awal tadi, Ahmad Zahid dan Zambry dalam sidang media serta dalam ucapan, waima ketika jawab pelbagai soalan media langsung tidak menyebut nama Tun. Hanya mengunakan perkataan ganti nama diri sahaja.
Begitulah cara berlapik dan beradab meskipun pernah menjadi mangsa kezaliman Mahathir suatu ketika dahulu, mereka teguh tidak mengkhianati parti sendiri daripada ancaman musuh. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA