• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bomba S’gor Terima 3 Panggilan Kecemasan Kesan Gegaran Di Sumatera

oleh Ahmad Albab
03/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor menerima tiga panggilan kecemasan akibat merasai gegaran berikutan gempa bumi kuat yang melanda barat daya Sumatera Rabu malam.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor Mohd Sani Harul berkata pihaknya menerima panggilan gegaran pertama kira-kira 8.54 malam melibatkan Flat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Seksyen 7, Petaling Jaya.

Beliau berkata panggilan kedua diterima 15 minit kemudian daripada penduduk di Blok A, Seksyen 26/38, Kampung Baru Hicom, Shah Alam.

“Panggilan ketiga pula diterima satu minit selepas itu dari kawasan Tiara Park Home, Taman Bukit Ria, Kajang,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau, bagaimanapun berkata JBPM Selangor masih melakukan pemantauan terhadap kawasan terlibat bagi mengelak sebarang insiden yang tidak diingini.

Gempa bumi kuat berukuran 7.9 pada skala Richter berlaku di barat daya Sumatera pada 8.49 malam ini.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami terhadap Malaysia setakat ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Menurut jabatan itu, gempa bumi berkenaan berpusat kira-kira 649km Barat Daya dari Siberut, Indonesia, iaitu 1,163km Barat Daya dari Port Dickson, Negeri Sembilan.

Berikutan kejadian itu, gegaran dirasai di beberapa tempat di Selangor dan Johor, menurut jabatan meteorologi berkenaan.

Sementara itu di KOTA BAHARU, penduduk yang tinggal di apartment Pelangi Mall setinggi 23 tingkat di sini, panik apabila bangunan didiami mereka bergegar susulan gempa bumi tersebut.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Baharu, Pegawai Bomba Kanan II Ismail Mohd Taib berkata pihaknya menerima panggilan daripada penghuni apartment berkenaan pada 9.38 malam.

“Kita telah membuat tinjauan dan setelah dibuat pemeriksaan, didapati tiada melibatkan mangsa yang terperangkap,” katanya ketika dihubungi di sini. – BERNAMA

Tags: Bombagempa bumi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

05/05/2026
0

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami insiden jari tersepit...

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

23/02/2026
0

Oleh Mynewshub KOTA KINABALU - Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.8 menggegarkan perairan berhampiran Kota Kinabalu, Sabah pukul 12.57 pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd