Friday, May 24, 2024

Creating liberating content

Peniaga Tak Ada Hati...

KUALA LUMPUR - Ramai peniaga di kawasan yang terjejas akibat bencana banjir di...

2,875 Kes Baharu Covid-19,...

KUALA LUMPUR - Jumlah kes baharu Covid-19 terus meningkat dengan 2,875 kes direkodkan...

Korban Gempa Dahsyat Di...

MARRAKESH, Maghribi – Gempa bumi paling dahsyat pernah melanda Maghribi dalam tempoh beberapa...

Polis Terima Lima Aduan...

KANGAR - Polis Perlis menerima lima aduan berkaitan not RM100 palsu sejak 1...

Bomba Sabah Siap Sedia Hadapi Musim Kemarau

KOTA KINABALU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah sentiasa bersiap sedia menghadapi kebarangkalian berlaku kebakaran hutan pada musim kemarau ini.

Pengarah JBPM Sabah Nordin Pauzi berkata ini termasuk memastikan jumlah anggota mencukupi di semua balai bomba.

“Kami sedar dengan pengurangan kadar hujan ada (kemungkinan) berlaku kebakaran hutan atau sebagainya akibat cuaca panas, kami sentiasa bersiap sedia,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penutupan Kursus Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) di sini hari ini.

Nordin berkata jabatannya setakat ini memiliki tangki air mencukupi bagi menghadapi sebarang kecemasan di musim kemarau seperti memberi bekalan air di kawasan memerlukan di samping kegunaan untuk memadam kebakaran.

Sementara itu, mengenai Kursus DPA, Nordin berkata seramai 70 kadet Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) menamatkan Modul Pengurusan Bencana Dan Ketenteraman Awam selepas menyertai modul itu selama dua minggu sejak 29 Feb lalu di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah.


Beliau berkata modul diperkenalkan Institut Tadbiran Awam Negara itu antara lain bertujuan memberi pendedahan kepada mereka mengenai pengurusan bencana dan ketenteraman awam secara operasi atau lapangan.

“Kursus ini memberi ilmu bagi menguruskan bencana di negara ini malah mereka turut didedahkan mengenai pelbagai aspek dalam pengurusan lain termasuk latihan menyelamat dan kebakaran selain ia menjadi pelengkap kepada program DPA,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori