• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Pengurus Petronas ICT Rasuah Didenda RM70,846

oleh Ahmad Albab
03/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang bekas Pengurus Petronas ICT Sdn. Bhd. (Petronas ICT) dihukum penjara sehari dan denda RM70,846 oleh Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Shah Alam di Selangor hari ini atas kesalahan rasuah dua tahun lalu.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan media memberitahu, Hakim Sabariah Atan mengenakan hukuman itu ke atas Ali Imran Alias, 43, selepas tertuduh mengaku salah atas pertuduhan menerima rasuah RM14,169.20 dalam bentuk cek pada 13 Mac 2014.

“Hakim juga memerintahkan tertuduh dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda. Tertuduh dituduh menerima rasuah daripada syarikat Nera Infocom (M) Sdn. Bhd. (Nera Infocom) sebagai dorongan untuknya membocorkan maklumat sebut harga bagi melayakkan syarikat itu terpilih sebagai kontraktor bagi kerja pemasangan sistem radio UHF Bintulu Crud Terminal (BCOT) di Petronas ICT Tanjung Kidurung, Bintulu, Sarawak.

“Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009. Kes bagi pihak SPRM dikendalikan oleh Mahamad Sukri Seman,” kata kenyataan itu hari ini.

SPRM dalam pada itu memaklumkan seorang Penolong Jurutera Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dihukum denda RM14,000 selepas mengaku salah di akhir perbicaraan di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kuala Lumpur hari ini di atas tuduhan rasuah bernilai lebih RM50,000 berhubung projek penyelenggaraan parit empat tahun lalu.

Tertuduh, Mohd. Dasuky Abdul Manaf, 28, dijatuhkan hukuman tersebut oleh Hakim Alaudden Ismail. Dia dituduh di bawah pertuduhan alternatif di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

“Semasa kejadian, tertuduh yang bertugas sebagai juruteknik awam di Jabatan Kejuruteraan Awam dan Saliran DBKL didakwa menerima benda berharga tanpa balasan iaitu kontrak Kerja-kerja Guardrails bagi projek kerja-kerja Penyelenggaraan Parit Induk di Jalan 2/48A dan Jalan Dato Senu 3 bernilai RM56,240 daripada Syarikat Primak secara subkontraktor Teras Paskal- Enterprise yang mana mempunyai hubungan kerja rasmi dengan tertuduh,” kata SPRM. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]l_SjAABifG8[/wpdevart_youtube]

Tags: rasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelantikan Ketua Pesuruhjaya baharu tidak dengan sendirinya melahirkan sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu. Menurutnya,...

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

19/01/2026
0

SHAH ALAM - Seorang Pegawai Imigresen Gred KP 22 hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas 53 pertuduhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd