• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kecoh Bekas MB T’ganu Merajuk Bawa Usul Tak Percaya

oleh
10/03/2016
dalam Hangat, Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Cubaan mantan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang nekad mahu mencadangkan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman gagal.

Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohd. Zubir Embong menolak usul itu pukul 2.50 petang menyatakan, ADUN Kijal tidak mengikut peraturan mesyuarat bagi membawa usul berkenaan ke atas ADUN Seberang Takir itu.

Laporan beberapa portal berita tempatan bagaimanapun tidak menjelaskan dengan lebih lanjut usul tergempar yang dibawa oleh Ahmad, 56; dan motif sebenar cubaan beliau menyingkirkan Ahmad Razif, 50, pada 8 Mac.

Ahmad berbuat demikian semasa sesi membahas titah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang baharu menyempurnakan istiadat pembukaan persidangan penggal keempat di Wisma Darul Iman pada 7 Mac.

Bekas Menteri Besar ke-13 tersebut dikatakan membawa usul kepercayaan terhadap pengganti jawatannya itu ketika bangkit membahaskan titah tuanku kira-kira pukul 11.30 pagi dan berakhir setengah jam kemudian.

Ia sekali gus mencetuskan kejutan pada kesemua 31 ADUN termasuk Ahmad Razif dan ketua pembangkang sendiri, Mohd. Abdul Wahid Endut (PAS-Wakaf Mempelam) yang turut dilihat terpinga-pinga dengan usul itu.

Beliau sebelum itu berhujah dengan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kepemimpinan Ahmad Razif yang seolah-olah menafikan jasa dan sumbangan besar dirinya sewaktu menyandang jawatan Menteri Besar dahulu.

ahmad said1

Berikutan tindakannya itu, Mohd. Zubir memutuskan untuk menangguhkan sementara persidangan tersebut bagi membolehkannya meneliti usul undi tidak percaya itu, sebelum sidang disambung semula pada pukul 2.30 petang.

Dewan Undangan Negeri Terengganu mengandungi 32 kerusi dengan Barisan Nasional (BN) menguasai majoriti mudah 17 kerusi; berbanding pembangkang terdiri daripada 14 ADUN PAS dan wakil tunggal PKR, Azan Ismail.

Situasi tidak diduga ini mengembalikan nostalgia cubaan beberapa ADUN BN pernah pada awal 2010 yang berura-ura membawa usul undi tidak percaya kepada Ahmad dalam persidangan Dewan Undangan Negeri ketika itu.

Portal-portal politik tempatan mendakwa, majoriti wakil rakyat UMNO hilang kepercayaan kepada Ahmad yang lebih mengutamakan daerah Kemaman diwakilinya sebagai ‘anak emas’ sehingga menganaktirikan kawasan lain.

Masa itu, banyak projek pembangunan bertumpu di Kemaman malah sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri berlangsung di situ; seolah-olah ia menjadi ibu negeri Terengganu dan meminggirkan Kuala Terengganu sendiri.

Penduduk tempatan pula mendakwa, ketika itu ia mengulangi senario sama dilakukan oleh Tan Sri Wan Mokhtar Wan Ahmad apabila pernah menjadi menteri besar sejak 1974 sehingga menyebabkan BN ‘tumbang’ pada 1999.

Ahmad menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh sebagai menteri besar pada 2008 ekoran krisis dengan pihak istana Terengganu sebelum jawatan beliau itu diambil alih pula Ahmad Razif sejak 2014. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Ahmad Razif Abdul RahmanAhmad Said
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PAS Dakwa Ahmad Said Fitnah Abdul Hadi Mandi Bogel

PAS Dakwa Ahmad Said Fitnah Abdul Hadi Mandi Bogel

25/11/2023
0

PRK KEMAMAN | PAS Terengganu mendakwa Pengerusi Umno Terengganu Ahmad Said menjalankan kempen jahat dan jijik dengan memfitnah Presiden PAS...

Anak Bekas MB Terengganu Persis Artis K-Pop

20/08/2019
0

SEKALI imbas ingatkan penyanyi K-Pop G-Dragon, rupa-rupanya penyanyi baharu ini adalah anak jati Terengganu yang dikenali sebagai Cash Farhan. Muhamad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd