• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bedak Talkum Johnson & Johnson Selamat Digunakan

oleh Ahmad Albab
11/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Formulasi bedak talkum yang dipasarkan di Malaysia oleh syarikat Johnson & Johnson mematuhi keperluan yang ditetapkan dalam Garis Panduan Kawalan Produk Kosmetik di Malaysia.

Dalam kenyataan hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata bedak talkum diperbuat daripada talkum yang juga dikenali sebagai ‘hydrated magnesium silicate’ yang wujud secara semulajadi.

“Talkum boleh dikelaskan kepada gred industri dan gred kosmetik/farmaseutikal dan talkum gred kosmetik/farmaseutikal lazimnya lebih tulen dan tidak mengandungi asbestos (bahan yang dipercayai boleh menyebabkan kanser),” katanya.

Noor Hisham mengulas laporan media antarabangsa dan tempatan baru-baru ini serta kenyataan Persatuan Pengguna Pulau Pinang semalam berhubung bedak talkum dikaitkan dengan kejadian barah.

Menurut beliau, talkum tidak disenaraikan sebagai bahan larangan di dalam formulasi produk kosmetik dan digunakan dalam sesuatu sediaan kosmetik kerana mempunyai ciri seperti menyerap kelembapan, agen pelincir, agen penyejuk dan agen pembawa bahan pewangi, katanya.

Katanya, bahan itu digunakan secara meluas dalam produk kosmetik di seluruh dunia termasuk di negara Eropah, Kanada, Amerika dan Asia.

Sehingga kini, tiada sebarang kesan advers dilaporkan kepada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah yang melibatkan isu keselamatan penggunaan bahan tersebut di dalam produk kosmetik.

Di samping itu, katanya terdapat satu kajian kohort propektif daripada Women’s Health Initiative (WHI), yang mendapati tiada kaitan antara penggunaan talkum kosmetik dan risiko kanser ovari.

“Sebarang maklumat terkini yang berkaitan dengan isu keselamatan sesuatu produk akan dinilai dan Kementerian Kesihatan akan mengambil tindakan regulatori yang sewajarnya jika diperlukan.

“Kementerian juga akan terus prihatin dengan mana-mana kajian semasa yang dikeluarkan dan memantau keadaan dengan teliti untuk sebarang perkembangan terbaharu,” katanya. – BERNAMA

Tags: bedak talkum
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bedak Talkum Punca Sakit Barah? Ini Penjelasan KKM

11/03/2016
0

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum laporan media antarabangsa dan tempatan baru-baru ini serta kenyataan Persatuan Pengguna Pulau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd