Thursday, June 20, 2024

Creating liberating content

Baru Temuduga, Belum Lagi...

KECOH dunia hiburan tanah air apabila sebuah portal tempatan melaporkan pelawak Shamsul Ghau...

GPS Minta Najib Jadi...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengadakan pertemuan dengan...

Berpantang Ajal Buat Wartawan...

PATTANI (Selatan Thailand) - "Saya tidak sedar apabila bom meletup dan bila sedar...

Muhammad Adib Tunjuk Tanda-Tanda...

KUALA LUMPUR - Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang cedera parah dalam...

Bayi Tragedi Highland Towers Sebak Bertemu Sang ‘Hero’

MANA mungkin kita dapat melupakan tragedi runtuhan Blok A Kondominium Highland Tower yang menggemparkan negara pada 11 Disember 1993.

Walaupun insiden itu sudah 23 tahun berlalu, ianya kekal jadi sejarah yang terlipat segar dalam ingatan setiap penduduk Malaysia apabila kes berkenaan menggemparkan seluruh negara.

Bagi yang mengikuti perkembangan kes tersebut, antara yang diingati pastilah seorang bayi yang berjaya diselamatkan anggota bomba yang bekerja keras ketika kejadian mencari mangsa yang masih hidup.

Kisah tersebut kembali dibongkar apabila bayi terbabit memuat naik gambar dirinya yang terpapar dalam laporan akhbar ketika itu di Facebook miliknya lalu dikongsikan Bomba di page Facebook mereka.

hamidah1

12798845_10153431239391762_5520579737580058981_n

hamidah2

Sejak itu usaha mencari bayi tersebut yang kini sudah dewasa dan berada di Indonesia giat dilakukan hinggalah ianya menjadi kenyataan, hari ini.

Bayi tersebut dan ibunya akhirnya dipertemukan dengan hero yang menyelamatkan mereka ketika tragedi itu, dalam satu sesi pertemuan yang disiarkan secara langsung menerusi Berita TV9 tengah hari tadi.

Nur Hamidah Nadjib, 23, dan ibunya Umi Rasyidah Khoiruman, 43, akhirnya dipertemukan dengan salah seorang individu yang menyelamatkan mereka ketika kejadian iaitu bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan di Sri Pentas, hari ini.

Hamidah yang baharu berusia setahun serta ibunya terperangkap dalam runtuhan sebelum ditemui dan diselamatkan anggota keselamatan.


Suasana sebak dan pilu menyelubungi studio di mana Umi tidak putus-putus menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Zaman, anggota keselamatan yang terlibat serta kerajaan Malaysia yang banyak membantu ketika tragedi.

“Hanya ucapan terima kasih dan doa supaya semua diberkati Allah SWT mampu diucapkan atas kebaikan mereka,” luah Umi ketika ditanya pemberita.

hamidah1

Hamidah pula dilihat teresak-esak menangis sebaik menerima bingkai gambar yang memaparkan dirinya diselamatkan Zaman, selain berterima kasih atas pertemuan tersebut.

Sementara itu, Zaman bersyukur dan gembira dengan pertemuan berkenaan memandangkan beliau sudah lama berusaha menjejaki kedua-dua individu tersebut.

“Saya dah usaha untuk bertemu dengan mereka sejak dulu lagi.. kini baru diizinkan Allah.

“Saya harap pertemuan ini akan jadi titik permulaan kepada hubungan yang sudah terjalin secara tidak langsung dalam tragedi 23 tahun lalu,” ujar beliau yang juga tidak dapat menahan sebak sebaik dipertemukan semula dengan ‘bayi’ dan ibu yang diselamatkannya itu.

Selepas ini Hamidah dan Umi dijadualkan bakal dipertemukan dengan anggota dan pegawai bomba termasuk Penguasa Kanan Bomba II, Norizan Saad yang turut terbabit secara langsung dalam operasi menyelamat 23 tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori