• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BAM Bakal Terima Tajaan Bernilai RM8 Juta Setahun

oleh Ahmad Albab
19/03/2016
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bakal menerima tajaan bernilai RM8 juta setahun daripada dua penaja baharu yang akan diumumkan selewat-lewatnya hujung bulan ini.

Difahamkan, tajaan itu membabitkan sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka Asia dan satu lagi syarikat di Malaysia, yang masing-masing akan menyalurkan RM4 juta setahun.

“Tajaan ini adalah RM1 juta lebih banyak daripada yang disalurkan penaja sebelum ini, Maybank yang memberikan RM7 juta setahun,” kata sumber BAM kepada Bernama hari ini.

Mengenai tempoh kontrak tajaan, sumber berkenaan berkata secara logiknya, ia pasti bukan untuk tempoh setahun memandangkan sebelum ini, penaja-penaja utama BAM menjalin ikatan yang lama bersama badan induk badminton negara itu.

Proton menjadi penaja utama paling lama bersama BAM iaitu sejak 1995 sehingga Maybank mengambil alih pada 2011.

Kontrak tajaan Maybank, yang sepatutnya berakhir pada 2017, ditamatkan baru-baru ini selepas bank itu memberikan notis tiga bulan kepada BAM pada akhir tahun lepas.

Pemangku Presiden BAM, Tan Sri Mohamed Al Amin Abd Majid, orang yang memainkan peranan penting mendapatkan tajaan baharu itu, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

“Kita akan umumkan secepat mungkin iaitu minggu depan, saya tidak boleh mengulas perkara itu sekarang kerana belum menandatangani perjanjian penajaan itu,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco BAM di sini, hari ini. – BERNAMA

Tags: BAM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bomba Bantu Bawa Turun Pesakit Seberat 180 Kilogram

Next Post

Kadar Levi Baharu Pekerja Asing Berkuat Kuasa Hari Ini

Related Posts

Tengku Zafrul Calon Tunggal Presiden BAM, Pencalonan Masih Dibuka – Kenny

Tengku Zafrul Calon Tunggal Presiden BAM, Pencalonan Masih Dibuka – Kenny

06/05/2025
0

MENTERI Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz masih lagi menjadi calon tunggal bagi jawatan presiden pada...

SPRM Sahkan Siasat BAM

SPRM Sahkan Siasat BAM

03/12/2024
0

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan telah dibuat terhadap kepimpinan tertinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM). IKUTI...

Next Post

Kadar Levi Baharu Pekerja Asing Berkuat Kuasa Hari Ini

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd