• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Askar Khmer Rouge Kanibal, Makan Daging Manusia

oleh Ahmad Albab
03/03/2016
dalam Hangat, Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG bekas tahanan Khmer Rouge tidak dapat melupakan bagaimana dia dipaksa menyaksikan seorang wanita dibunuh dan kemudiannya hati wanita itu dikeluarkan serta dimasak di depan ramai.

Meu Peou menceritakan pengalaman menakutkan itu ketika memberikan keterangan dalam perbicaraan ke atas Nuon Chea, 89, dan bekas diktator rejim Kemboja, Khieu Samphan, 84.

Perbicaraan terhadap bekas pemimpin negara kecil Asia tenggara berkenaan adalah memfokus kepada pembunuhan beramai-ramai etnik Vietnam dan minoriti Islam termasuk bangsa Cham.

Menurut Meu Peou, ketika pernah ditahan di pusat tersebut, dia masih lagi kanak-kanak dan ditangkap kerana dituduh mengkhianati rejim itu dengan mencuri beras.

Ketika di kem tahanan itulah dia menyaksikan kekejaman Khmer Rouge.

“Wanita itu diminta menanggalkan baju dan badannya dihiris. Darah di merata-rata tempat… hatinya dikeluarkan dan dimasak,’’ katanya.

Meu Peou berkata, dia kehilangan 17 anggota keluarga di tangan rejim terbabit dan bapanya pula mati kebuluran selepas dia enggan makan babi.

“Saya terpaksa memaksa diri makan babi untuk hidup,’’ katanya yang menambah orang Islam sering kali dipaksa keluar dari kampung itu.

Nuon Chea dan Khieu Samphan telahpun dihukum penjara seumur hidup atas tuduhan lain.

Askar-askar rejim berkenaan turut digambarkan oleh saksi lain sebagai kanibal, termasuk makan hempedu manusia serta membunuh tahanan selepas menjemur mereka di tengah panas.

Dianggarkan dua juta penduduk Kemboja terkorban ketika Khmer Rouge memerintah dari 1975 hingga 1979, dengan 100,000 ke 500,000 adalah penduduk Islam dan 20,000 orang Vietnam.

Tags: kanibalKhmer Rouge
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Mahkamah Kekalkan Hukuman Mati Terhadap Pemimpin Terakhir Khmer Rouge

Mahkamah Kekalkan Hukuman Mati Terhadap Pemimpin Terakhir Khmer Rouge

22/09/2022
0

PHNOM PENH: Mahkamah jenayah perang Khmer Rouge yang disokong Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) di Kemboja bersetuju mengekalkan sabitan pembunuhan...

Pemuda Mahu Perkosa, Makan Remaja Perempuan

01/11/2018
0

MIAMI, Florida – Seorang warga Texas ditangkap selepas mengiklankan secara online keinginannya untuk melakukan nekrofilia dan kanibalisme bersama remaja perempuan....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd