• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Airul Firham Bukan Pendandan Rambut Sebarangan..

oleh Ahmad Albab
03/03/2016
dalam Gaya Hidup, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERI ISKANDAR – Anak muda yang bernama Airul Firham Che Amran, 22, pemilik pusat dandanan rambut ‘The True SI Barber’ yang baharu dibuka di sini bukan merupakan tukang gunting atau pendandan rambut sebarangan.

Beliau merupakan anak muda Malaysia pertama yang naik ke pentas dunia untuk menerima pingat gangsa dalam bidang dandanan rambut pada World Skills Competition (WSC) di Sao Paolo, Brazil tahun lalu.

Ia sekali gus menjayakan penantian Malaysia selama 12 tahun untuk menggondol pingat pada WSC sejak 1993.

Walaupun anak jati Perlis ini berkongsi pingat dengan peserta Korea Selatan dan Taiwan, selepas pingat emas menjadi milik wakil China dan pingat perak menjadi genggaman peserta Perancis, namun kebolehannya tidak boleh dipandang mudah.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Roy dan merupakan bekas pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak, Kuala Kubu Baharu turut diumum sebagai penerima ‘Best of Nation’ yang mengiktiraf peserta terbaik bagi setiap negara yang bertanding.

Roy tidak lupa untuk memberi penghargaan di atas kejayaannya itu kepada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) yang selama ini menjadi pendorong kepada beliau dan golongan belia Malaysia lain untuk memilik kemahiran tinggi dalam segala bidang.

“Misalnya selepas tamat belajar pun, JPK akan melawat saya untuk memantau keadaan saya, yang ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk bekerja,” katanya.

Beliau berkata program kemahiran anjuran JPK adalah sangat baik bagi golongan remaja yang mahu mendapat kemahiran.

“Bahkan menerusi SkillsMalaysia, kita boleh pergi lebih jauh sehingga ke peringkat antarabangsa,” ujaranya.

Ketua Pengarah JPK, Datuk Pang Chau Leong berkata kejayaan Airul Firham membuktikan bahawa program SkillsMalaysia mampu melahirkan individu berjaya hingga peringkat dunia. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]pkhiAwORBVI[/wpdevart_youtube]

Tags: Beliarambut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin Belia Sampaikan Khutbah Jumaat Di Perak Esok

Pemimpin Belia Sampaikan Khutbah Jumaat Di Perak Esok

18/05/2023
0

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan khutbah Jumaat di negeri ini esok bertemakan belia sempena Hari Belia Negara...

Belanjawan 2023: TEKUN Sedia RM10 Juta Bantu Belia Keluarga Susah

Belanjawan 2023: TEKUN Sedia RM10 Juta Bantu Belia Keluarga Susah

24/02/2023
0

KUALA LUMPUR: Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) menyediakan RM330 juta, termasuk RM10 juta bagi membantu belia daripada keluarga susah,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd