• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahmad Said ‘Gila Talak’ – Azalina

oleh Ahmad Albab
09/03/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal Datuk Seri Ahmad Said mengemukakan ‘usul’ undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman disifatkan sebagai ‘gila talak’.

Menyatakan demikian, Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Azalina Othman Said berkata bekas menteri besar itu akan melakukan apa sahaja untuk menyandang jawatan itu semula.

“Semua orang tahu Ahmad itu gila talak. Dia akan cuba sampai dia dapat. Tetapi itu hak dia sebagai Adun,” katanya kepada Bernama ketika ditanya mengenai isu itu selepas menjadi tetamu program Dalam Radar terbitan Bernama Radio24 di sini, Selasa.

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini dikejutkan dengan cadangan usul tidak percaya Ahmad terhadap Ahmad Razif, namun speaker DUN Datuk Mohd Zubir Embong menolak cadangan usul itu.

“Apabila speaker tolak, dia (Ahmad) akan kata speaker jahat dan sebagainya.

“Dulu jadi MB (menteri besar), memanglah dia gila talak, dia akan buat segala-galanya untuk jadi MB,” kata Azalina yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Azalina berkata Ahmad tidak sepatutnya mempersoalkan tindakan speaker yang menolak usul cadangannya itu.

“Sekarang ini ia tidak majoriti, jadi bagaimana usul dia (Ahmad) nak berjaya, jadi bagi saya hak dia nak masukkan usul tu dia boleh masukkan 100 kali pun, tapi ia akan ditolak,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ahmad SaidAzalina Othman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Saya Tak Akan Keluar Parti” – Ahmad Said

Next Post

Diana Amir Berharap Anak Jadi Ustazah Profesional

Related Posts

Ejen Tipu Pekerja Asing Patut Dihukum Lebih Tegas, Lakukan Jenayah Kemanusiaan – Azalina

Ejen Tipu Pekerja Asing Patut Dihukum Lebih Tegas, Lakukan Jenayah Kemanusiaan – Azalina

26/12/2023
0

KOTA TINGGI : Syarikat serta ejen pekerja asing yang mengeksploitasi golongan itu dengan janji kerja palsu perlu disiasat serta dikenakan...

PAS Dakwa Ahmad Said Fitnah Abdul Hadi Mandi Bogel

PAS Dakwa Ahmad Said Fitnah Abdul Hadi Mandi Bogel

25/11/2023
0

PRK KEMAMAN | PAS Terengganu mendakwa Pengerusi Umno Terengganu Ahmad Said menjalankan kempen jahat dan jijik dengan memfitnah Presiden PAS...

Next Post

Diana Amir Berharap Anak Jadi Ustazah Profesional

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd