• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adun Tebedu, Kedup Dan Tarat Dikekalkan Pertahan Kerusi

oleh Ahmad Albab
20/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERIAN – Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem hari ini mengumumkan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebedu, Kedup dan Tarat dikekalkan untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri ke-11 (PRN-11) nanti.

Mereka ialah Datuk Seri Michael Manyin Jawong (Tebedu), Martin Ben (Kedup) dan Datuk Roland Sagah Wee Inn (Tarat).

Adenan membuat pengumuman itu ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Rasau di sini.

Berhubung calon untuk DUN Bukit Semuja dan DUN Serembu, Ketua Menteri berkata beliau akan mengumumkannya sebelum pembubaran DUN.

“Parti SUPP dan PBB masing-masing mendakwa dua kerusi pengundi majoriti Bidayuh itu milik mereka. Untuk elakkan pergaduhan serahkan kepada saya untuk putuskan.

“Siapa sahaja yang saya pilih … yang lain harus sokong untuk elak pertelingkahan. Belum tiba masanya untuk saya umumkan tetapi saya akan umumkan sebelum pembubaran DUN,” katanya.

Adenan yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak berkata bagi beliau apa yang paling penting adalah memastikan dua kerusi berkenaan menjadi milik BN.

“Calon yang akan dipilih ialah calon BN … calon ‘Adenan Team’.

“Saya akan berbincang dengan Datuk Seri Richard Riot (Anggota Parlimen Serian), Datuk James Dawos Mamit (Anggota Parlimen Mambong) Michael Manyin, Martin Ben, Roland Sagah dan Datuk Jerip Susil (ADUN Bengoh) sebelum membuat keputusan,” katanya.

DUN Bukit Semuja dan Serembu merupakan dua daripada 11 kawasan baharu yang diwujudkan selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya Sarawak.

Pertambahan dua kerusi itu menjadikan kerusi majoriti masyarakat Bidayuh meningkat kepada lapan berbanding enam sebelum ini iaitu Tasik Biru, Bengoh, Opar, Tarat, Tebedu dan Kedup. – BERNAMA

Tags: Adenan Satem
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan Negeri Tak Hadkan Atau Kurangkan Tajaan Biasiswa

Next Post

Pindaan RUU MKN Perlu Dipercepatkan Demi Kebaikan Negara

Related Posts

Namakan Lapangan Terbang Kuching Sempena Adenan

05/04/2017
0

KUCHING - Seorang bekas menteri Sarawak, Tan Sri Leonard Linggi Jugah hari ini mencadangkan supaya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di...

Watson Nyambek Bantu Calon BN PRK Tanjong Datu

12/02/2017
0

KUCHING - Sokongan padu rakyat dan cetusan semangat terus diberikan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Next Post

Pindaan RUU MKN Perlu Dipercepatkan Demi Kebaikan Negara

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd