• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adenan Ajak Penyokong Pembangkang Sokong BN Pada PRN

oleh Ahmad Albab
28/03/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAU – Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem mengajak penyokong parti pembangkang supaya menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang untuk kebaikan masa depan negeri.

“Marilah kita lupakan segala perbezaan politik kita demi masa depan negeri Sarawak dan rakyat,” katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat anjuran Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) di Pusat Redeems di sini hari ini.

Pengerusi BN Sarawak itu berkata beliau memerlukan mandat besar untuk meneruskan perjuangan beliau membangunkan negeri ini khususnya kawasan luar bandar, menuntut penurunan kuasa pentadbiran kerajaan pusat kepada kerajaan negeri di samping peruntukan lebih besar daripada kerajaan persekutuan.

Sehubungan itu, beliau meminta supaya sorakan yang beliau terima di setiap majlis dihadirinya diterjemahkan kepada undi.

Pilihan raya negeri Sarawak ke-11 dijangka diadakan pada bila-bila masa susulan penggal Dewan Undangan Negeri semasa akan berakhir menjelang Jun tahun ini.

Ketua Menteri mengulangi bahawa calon yang dipilih dan bersama-sama dalam pasukan beliau (Pasukan Adenan) akan diberi kebenaran untuk menggunakan lambang BN iaitu dacing pada pilihan raya negeri akan datang.

“Berdasarkan sokongan yang diterima ketika kunjungan saya ke seluruh negeri saya mendapati sokongan rakyat kepada BN semakin bertambah,” katanya.

Sementara itu, kira-kira 10,000 yang hadir di majlis hari ini terpaksa menunggu sedikit masa lagi untuk mengetahui siapakah calon BN untuk kerusi Tasik Biru pada PRN akan datang.

Ini berikutan Adenan dalam ucapannya berkata beliau kagum dengan jumlah yang hadir pada majlis tetapi menurutnya beliau tidak berhasrat untuk mengumumkan calon BN bagi kerusi itu pada hari ini.

“Tetapi berdasarkan apa yang saya nampak hari ini, saya tahu apa keputusan yang akan saya buat nanti,” katanya.

Penyandang kerusi Tasik Biru Datuk Peter Nansian dan Datuk Harry Henry Jinep dari Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) masing-masing menawarkan diri untuk bertanding menggunakan lambang BN pada PRN akan datang.

Adenan turut menjelaskan sebab beliau menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak yang disifatkan beliau seorang perdana menteri yang sangat baik kepada rakyat dan negeri Sarawak.

Katanya, sejak menjadi perdana menteri, Najib sudah melawat ke Sarawak hampir 50 kali dan meluluskan banyak peruntukan untuk pelbagai projek dan program di negeri ini termasuk RM3 bilion sepanjang tinjauan mesra beliau dan RM16 bilion untuk projek Lebuh Raya Pan Borneo.

Nansian yang turut berucap pada majlis itu menyatakan sokongan tidak berbelah-bahagi pengundi di Tasik Biru kepada BN sambil berharap beliau akan dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi berkenaan pada PRN akan datang.

Sementara itu, Harry ketika ditemui Bernama berkata dalam semangat sambutan Easter beliau mengetepikan perbezaan politik dan turut hadir pada majlis hari ini, malah berjabat tangan dengan Nansian di hadapan ketua menteri.

“Sayalah satu-satunya bakal calon yang menghadiri majlis anjuran Teras kerana saya percaya penyokong-penyokong kami adalah sama, iaitu penyokong BN,” katanya. – BERNAMA

Tags: Adenan SatemBN
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

El Nino Tidak Jejas Sektor Pelancongan Negara

Next Post

Keputusan Berhubung Tempoh Moratorium Sebelum 15 April

Related Posts

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

11/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Gabungan parti dalam kerajaan MADANI, khususnya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), perlu disertai dengan kerjasama erat...

Majoriti Bertambah Di PRK Ayer Kuning, Bukti Rakyat Kembali Sokong BN – Ahmad Zahid

Majoriti Bertambah Di PRK Ayer Kuning, Bukti Rakyat Kembali Sokong BN – Ahmad Zahid

28/04/2025
0

GUA MUSANG - Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning dengan pertambahan majoriti daripada pelbagai kaum...

Next Post

Keputusan Berhubung Tempoh Moratorium Sebelum 15 April

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd