• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Bekas Pemain Kelantan Terima Bayaran Tunggakan Gaji

oleh Ahmad Albab
17/03/2016
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memenuhi janjinya untuk menjelaskan tunggakan gaji bekas pemainnya secara berperingkat selepas mendapat wang tajaan.

Persatuan Pemain-Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) hari ini mengesahkan lima bekas pemain pasukan itu telah pun menerima bayaran awal tunggakan gaji mereka.

“PFAM dengan rasa suka cita ingin memaklumkan bahawa lima bekas pemain pasukan Kelantan telah menerima bayaran awal nilai tunggakan gaji daripada pihak KAFA.

“Kelima-lima pemain telah mengesahkan bahawa mereka telah menerima bayaran awal pada 15 Mac 2016,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail.

Beliau dalam satu kenyataan media berkata, pihaknya berterima kasih kepada KAFA kerana memenuhi janji dan mendoakan selamat maju jaya buat KAFA pada saingan musim ini.

“PFAM turut berharap tindakan positif dan profesional yang sama daripada pihak Persatuan Bolasepak Angkatan Tentera (PBAT).

“PFAM juga menggesa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mempercepatkan proses rayuan Felda United bagi menyelesaikan isu tunggakan bayaran pemain,” katanya.

KAFA sebelum ini memaklumkan akan menjelaskan tunggakan gaji lima bekas pemainnya selepas mendapat wang tajaan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Ismail Mohd Noor dipetik berkata, KAFA telah mempunyai jadual pembayaran bagi melunaskan hutang terhadap pemain berkenaan dan ia akan diselesaikan secepat mungkin. – MYNEWSHUB.CC

Tags: KAFA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Musim El Nino Punca Banyak Ular Lari Masuk Rumah Orang

Next Post

TPPA Tak Akan Jejas Syarikat Vendor Bumiputera

Related Posts

Susun Semula Keperluan Guru KAFA Selangor

Susun Semula Keperluan Guru KAFA Selangor

25/08/2023
0

SHAH ALAM – Pertukaran guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) di Sekolah Rendah Agama (SRA) di Sabak Bernam dan...

Kerajaan Cadang Wujud KAFA Peringkat Sekolah Menengah

07/02/2022
0

KOTA BHARU - Kerajaan menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bercadang mewujudkan pengajian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di...

Next Post

TPPA Tak Akan Jejas Syarikat Vendor Bumiputera

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd