• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

39,416 Rumah Mampu Milik Dibina Di W.P Sehingga Feb

oleh Ahmad Albab
15/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pembinaan Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip) dan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) di Wilayah Persekutuan sehingga 29 Feb lepas adalah sebanyak 39,416 unit, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Jumlah tersebut termasuk 2,500 unit rumah yang sudah siap dibina, 24,463 unit dalam pembinaan dan 12,453 unit yang mendapat kelulusan perintah pembangunan, katanya dalam ucapan pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015 kementerian di sini hari ini.

Teks ucapan Tengku Adnan dibacakan timbalannya Datuk Dr Loga Bala Mohan.

Tengku Adnan berkata sebanyak 23,478 unit kini dalam perancangan untuk dibina.

Beliau berkata Rumawip dan PPA1M merupakan Aku Janji Kementerian Wilayah Persekutuan dalam menyasarkan pembinaan sebanyak 80,000 unit rumah di seluruh Wilayah Persekutuan.

“Kita akan terus membina lagi rumah mampu milik untuk rakyat,” katanya.

Sejumlah 80,000 unit rumah mampu milik dirancang dibina di Wilayah Persekutuan menjelang 2020, dengan 50,000 unit akan dibangunkan di Kuala Lumpur, 20,000 unit di Putrajaya dan 10,000 di Labuan. – BERNAMA

Tags: RumahRumawip
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis mencadangkan projek penternakan babi dibuat di kawasan...

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diseru menanam sendiri sayur-sayuran bagi menangani impak rantaian bekalan makanan global akibat konflik di Asia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd