• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gunting Lidah: JPS Diarah Ambil Tindakan Lanjut

oleh Ahmad Albab
01/04/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Jabatan Pendidikan Negeri Selangor diarah mengambil tindakan lanjut susulan siasatan polis mendapati tiadanya unsur buli dalam insiden seorang murid Tahun Dua mendakwa dipaksa memotong lidahnya pada 24 Mac lepas.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata kementerian menyerahkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri untuk mengambil tindakan sewajarnya sama ada memanggil guru besar dan ibu bapa murid itu.

“…kita fikir ada orang yang buli murid, sebab itu kita nak ambil tindakan. Tetapi, sekarang (kita dimaklumkan) dia buat (potong lidahnya) sendiri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Sekolah Bebas Dadah Parlimen Permatang Pauh di Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkuang di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat bahawa siasatan lengkap pihaknya mendapati murid lelaki terbabit tergunting lidahnya ketika sedang leka bermain dengan gunting tajam itu yang dipinjam daripada rakan sekelasnya.

Sehubungan itu, katanya, kes itu dianggap selesai kerana murid berkenaan bukannya dibuli sebaliknya mengalami kecederaan itu akibat kecuaian sendiri.

Ditanya sama ada Kementerian Pendidikan akan mengetatkan penggunaan alat tajam di sekolah, Mahdzir berkata perkara itu tidak perlu dijadikan sebagai pekeliling namun, pihak sekolah perlu sentiasa menjaga dan memantau keselamatan murid-murid.

“Sekolah kena tengok keselamatan…kenapa murid bawa gunting ke sekolah. Kalau tak perlu, kita jangan benarkan murid bawa ke sekolah,” katanya.

Pada Khamis lepas, Muhammad Alif Shukran Alias, 8, mendakwa dipaksa memotong lidahnya sendiri oleh sekumpulan lima murid Tahun Tiga dari sekolah sama.

Akibat kejadian itu, lidah mangsa terputus sedikit di bahagian hujungnya dan terpaksa dijahit. – BERNAMA

Tags: potong lidah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gunting Lidah: JPN Beri Bimbingan Kepada Murid Terlibat

01/04/2016
0

SHAH ALAM - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor akan terus memberi bimbingan dan membantu murid Tahun Dua di sebuah sekolah...

Kes Potong Lidah: Polis Sahkan Murid Tidak Dibuli

01/04/2016
0

DAKWAAN seorang murid tahun dua yang lidahnya terpotong didakwa angkara dibuli oleh sekumpulan murid tahun tiga di sebuah sekolah rendah di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd