• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Siapa Orang Putih Ini? Dibayar Tun Mahathir?”- Ramesh

oleh AK-47
01/04/2016
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAMESH RAO mempersoal hubungan mantan perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad dengan wartawan ABC Australia kerana membenarkan pihak luar mewawancara beliau di pejabat Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

Pemimpin Persatuan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) itu dilihat berang sewaktu mengulas mengenai tindakan Mahathir yang seolah mempunyai agenda tersembunyi bagi menjatuhkan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Siapa mereka ini? Soalan saya hanya mudah, apa hubungan orang luar ini dengan dia (Tun M)? Apakah dia mempunai agenda tersendiri sehingga sanggup membenarkan orang asing ini memasuki ke kawasan privasinya sedangkan kami rakyat Malaysia pun dihalang?

Beliau sebelum ini pernah dihalau ketika berada di pejabat Mahathir bagi menyerahkan memorandum berkenaan pengisytiharan harta keluarga tokoh itu di dalam dan luar negara.

“Kami masih ingat, sewaktu hendak menyerahkan memorandum di Yayasan Perdana, kami sangat tidak dialu-alukan. Kami tidak dibenarkan masuk ke dalam sebab mereka keluarkan arahan kami tidak boleh masuk,” ujarnya ketika hadir di ibu pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, di sini hari ini.

Ramesh juga mempersoalkan adakah Mahathir membayar wartawan tersebut agar melakukan kerja-kerja tidak benar bagi menentang kerajaan?

“Siapa badut ini (wartawan ABC)? Adakah Mahathir bayar mereka untuk melakukan dokumentari fitnah tersebut? Atau adakah dia (Tun M) tidak mempunyai jalan lain bagi melawan Najib? Atau menyelamatkan anaknya?

Ramesh menambah beliau tidak kisah sekiranya rakyat Malaysia sendiri menggunakan hak kebebasan untuk bersuara mengemukakan pendapat mengenai kepimpinan Najib, namun mempersoalkan apakah hak negara luar campur tangan dalam urusan negara.

“Saya tidak kisah sekiranya pihak pembangkang seperti PKR mahupun DAP menggeluarkan seberapa banyak video yang ‘menyerang’ perdana menteri, saya tidak kisah kerana mereka adalah rakyat Malaysia yang diberikan pilihan untuk mengundi.

“Mereka mempunyai hak masing-masing untuk menyatakan pendapat yang boleh didengari, namun apakah keistimewaan orang luar dalam mengacau institusi dan kepimpinan tanah air?” tegasnya.- MYNEWHUSB.CC

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Beri Jaminan Pusat latihan Baharu JDT Antara Yang Terbaik Di Dunia

Tunku Mahkota Ismail Beri Jaminan Pusat latihan Baharu JDT Antara Yang Terbaik Di Dunia

20/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pusat latihan baharu kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) akan menjadi antara pusat latihan bola sepak...

“Bila Kita Jaga Adab, Kita Menjaga Kesihatan Masyarakat” – Public Health Malaysia

“Bila Kita Jaga Adab, Kita Menjaga Kesihatan Masyarakat” – Public Health Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Public Health Malaysia (PHM) dalam satu hantaran di media sosial berkata, Rukun Negara yang sering dibaca dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd