• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Pemancing Selamat Selepas Berenang 9 Jam Guna Jaket Keselamatan

oleh Ahmad Albab
28/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN – Dua pemancing bersabung nyawa hampir sembilan jam apabila bot gentian kaca dinaiki mereka tiba-tiba bocor dan karam kira-kira dua batu nautika dari Tanjung Kubong di sini pada Sabtu malam.

Mereka terpaksa berenang selama tempoh itu dalam keadaan laut bergelora dengan hanya menggunakan jaket keselamatan dan berpegang pada kotak simpanan ais untuk sampai ke pantai Palm Beach Resort and SPA pada kira-kira 4 pagi Ahad.

Ketua Penguatkuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Labuan Kapten (Maritim) Che Adnan Md Isa berkata kedua-dua pemancing itu turun ke laut pada kira-kira 7 malam dari pantai Tanjung Kubong sebelum bot itu mengalami kebocoran beberapa minit kemudian.

Katanya sebuah bot pemintas segera digerakkan untuk operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) selepas menerima panggilan kecemasan daripada keluarga pemancing itu pada kira-kira 7.25 malam.

“Mangsa memberitahu kami bahawa bot mereka terlanggar satu objek keras semasa sedang bergerak laju dan hilang kawalan. Aparatus menyelam di dalam bot gagal berfungsi menyebabkan mereka terpaksa terjun ke laut apabila bot mereka karam dan mulai tenggelam,” katanya kepada Bernama hari ini.

Menurut kedua-dua mangsa, kotak simpanan ais yang mereka berpegang sambil berenang ke tepi pantai turut membantu menyelamatkan mereka.

“Kami hanya berserah kepada Tuhan untuk menyelamatkan kami dalam keadaan laut bergelora kerana berenang di dalam keadaan laut sebegitu selama hampir sembilan jam bukannya mudah. Kami nampak bot penyelamat APMM tetapi keadaan terlalu gelap, dan mereka tidak dapat mengesan kami,” kata seorang daripada mangsa itu.

Che Adnan menasihatkan pemancing dan nelayan untuk sentiasa memastikan bot mereka dalam keadaan baik sebelum turun ke laut.

Sementara itu, kedua-dua mangsa diberikan rawatan kecemasan sebelum dibenarkan pulang ke rumah bersama-sama anggota keluarga mereka. – BERNAMA

Tags: botmemancing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Hilang Dibaham Buaya Ketika Memancing

Lelaki Hilang Dibaham Buaya Ketika Memancing

08/07/2025
0

LIMBANG - Seorang lelaki dilaporkan hilang dipercayai dibaham buaya ketika sedang memancing di tebing sungai berhampiran Kampung Pandam di sini...

Lelaki Hilang Selepas Keluar Memancing Di Klang

Lelaki Hilang Selepas Keluar Memancing Di Klang

17/03/2025
0

KLANG, 17 Mac 2025 – Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas keluar memancing di kawasan bawah Jambatan Muhibbah, Klang, berhampiran Pulau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd