• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MH370: Mesyuarat Khas Libat 3 Negara Dalam Masa Terdekat

oleh Ahmad Albab
26/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

HULU TERENGGANU – Mesyuarat khas tiga negara antara Malaysia, China dan Australia akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan perkembangan terkini penemuan dua serpihan pesawat yang didakwa milik Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang ditemui di Mozambique.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari yang juga Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi Misi Pencarian MH370 berkata ketika ini dua serpihan itu telah dihantar ke Australia untuk diperiksa oleh pakar penerbangan ketiga-tiga buah negara.

“Sekarang ini kerjasama antara tiga negara masih berterusan dan setiap ketika kita dimaklumkan tentang penemuan beberapa serpihan pesawat, jadi untuk mengatakan serpihan berkenaan milik MH370, kepastian dan kesahihan perlu dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Simposium Hala Tuju Destini Anak Bangsa di sini hari ini.

Pesawat Boeing 777 milik Malaysia Airlines itu yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang daripada radar semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, 2014. Usaha mencari pesawat itu sedang dilakukan di selatan Lautan Hindi.

Serpihan pertama ditemukan di Mozambique manakala serpihan kedua juga ditemukan di negara itu, telah dibawa ke Afrika Selatan oleh keluarga yang menemukan kedua-dua serpihan itu.

Pada 24 Mac lepas, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam kenyataan berkata dua serpihan yang dijumpai di Mozambique itu hampir pasti milik pesawat Malaysia Airlines MH370 kerana kedua-dua bahagian itu konsisten dengan komponen pesawat Boeing 777.

Dalam pada itu, mengulas mengenai penyebaran berita palsu pesawat MH020 milik Malaysia Airline System Berhad (MAB) terhempas di Paris, Jailani berkata penyebaran maklumat palsu akan terus wujud disebabkan masih ada masyarakat yang tidak bertanggungjawab.

“Perkara berkenaan saya percaya dah diambil tindakan dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) telah menafikan hal tersebut…saya nasihatkan orang ramai supaya tidak terus percaya berita yang disebarkan dan hubungilah pihak berwajib untuk mengetahui dengan lebih sahih mengenai sesuatu berita,” katanya. – BERNAMA

Tags: MH370
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd