• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

El Nino Bawa Rezeki Lebih Buat Peniaga ABC, Cendol

oleh Ahmad Albab
26/03/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TELUK INTAN – Walaupun ramai yang mengeluh dengan cuaca panas dan kering akibat fenomena El Nino ketika ini, bagi segelintir pihak terutama peniaga minuman keadaan sekarang diibaratkan seperti ‘musim durian runtuh’.

Bagi peniaga minuman, cuaca panas dan kering sekarang menyebabkan permintaan terhadap jualan mereka bertambah, sekali gus meningkatkan pendapatan.

Seorang peniaga air batu campur (ABC) dan cendol, Mohd Ridzuan Abu Bakar, 26, berkata beliau menjual kira-kira 800 mangkuk ABC setiap hari dengan harga RM2.50 sehingga RM3 di karavan miliknya.

“Disebabkan cuaca panas, permintaan meningkat sehingga 40 peratus dan keuntungan juga berganda sejak beberapa minggu lalu,” katanya ketika ditemui Bernama di sini baru-baru ini.

Mohd Ridzuan berkata beliau dan tiga lagi pembantu tidak ‘menang tangan’ disebabkan permintaan yang bertambah, malah terpaksa membuka meja dan kerusi tambahan untuk pelanggan.

Beliau yang sudah lebih setahun berniaga di Jalan Padang Tembak di sini, berkata walaupun berniaga pada musim panas agak meletihkan, semuanya berbaloi dengan keuntungan yang diperoleh.

Beroperasi dari pukul 12 tengah hari hingga 7 petang setiap hari, selain menjual ABC dan cendol, karavannya turut menyediakan laksa dan mee/bihun sup.

Seorang pelanggan Hafizi Said, 26, berkata ABC dan cendol yang dijual Mohd Ridzuan mempunyai rasa yang sangat istimewa sehingga menjadi pilihan beliau dan beberapa rakan untuk ‘mencuci tekak’ dalam keadaan panas sekarang.

“Saya dan beberapa rakan lebih kerap mengunjungi gerai ini, terutama selepas kerja untuk menghilangkan dahaga,” katanya.

Rezeki tambahan musim panas itu turut dinikmati Ismail Din Omar, 32, yang berniaga air secara sambilan berhampiran ikon bandar ini iaitu Menara Condong.

“Biasanya pada hari biasa saya hanya menggunakan dua hingga tiga beg plastik kiub ais tetapi kini ada masanya saya memerlukan sehingga tujuh beg plastik sehari,” katanya yang menjual minumannya dengan harga RM1 secawan. – BERNAMA

Tags: El Nino
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

El-Nino Dijangka Berterusan Hingga Julai – Nik Nazmi

El-Nino Dijangka Berterusan Hingga Julai – Nik Nazmi

02/05/2024
1

KOTA BHARU : Fenomena El Nino atau cuaca panas yang sedang melanda negara ketika ini, dijangka berterusan sehingga Julai. IKUTI...

El Nino Hingga Ramadan, Pakar Unjur Terburuk

El Nino Hingga Ramadan, Pakar Unjur Terburuk

22/02/2024
0

ALOR SETAR: Fenomena El Nino atau cuaca panas yang melanda ketika ini dijangka berlanjutan sehingga Ramadan ini. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd