Thursday, April 25, 2024

Creating liberating content

Polis Halang Penyokong Parti...

KOTA BHARU: Polis mengesan dua kesalahan menerbangkan dron dan bermain alat muzik melibatkan...

FCC, Kosmetik Halal Jenama...

PENGGUNAAN alat solek atau kosmetik tidak dapat dinafikan mampu membantu meningkatkan penampilan wanita....

Banjir: 159 Keluarga Di...

KOTA KINABALU - Sebanyak 159 keluarga dari 17 kampung di Kota Marudu dipindahkan...

Pemergian Pengarah Veteran Jamil...

PETALING JAYA - Kepulangan Allahyarham Datuk Jamil Sulong ke Rahmatullah merupakan satu kehilangan...

MAHA 2016 Sasar RM200 Juta Nilai Jualan

SERDANG – Pameran Pertanian, Hortikultur dan AgroPelancongan Antarabangsa (MAHA) 2016 yang akan diadakan pada 24 Nov hingga 4 Dis nanti menyasarkan nilai jualan sebanyak RM200 juta.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata sebanyak 1,500 gerai akan dibuka pada MAHA 2016 yang bertemakan ‘Our Food Our Future’ atau “Makanan Kita, Masa Depan Kita” dan menyasarkan 30 peratus kehadiran golongan muda daripada 3.5 juta sasaran pengunjung.

“Tema ‘Our Food Our Future’ berkaitan masa depan maksudnya apa yang kita tanam hari ini menentukan masa depan.

“Jadi perlunya pengemblengan anak muda dalam MAHA 2016. Sebab itu kita mahu MAHA 2016 mempunyai unsur-unsur keseronokan,” katanya ketika berucap pada majlis prapelancaran MAHA 2016 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), di sini hari ini.

Katanya, acara dwitahunan itu juga akan menyediakan tapak perkhemahan ‘Young Malaysian Agro Camp’ yang membolehkan 5,000 hingga 10,000 golongan muda berkhemah di kawasan MAHA 2016, iaitu di MAEPS.

Katanya kementerian akan turut menganjurkan festival muzikal bertemakan pertanian ‘Rhythm of Farmers’ pada pameran itu bagi membolehkan golongan muda lebih menghayati dan menghargai kehidupan para petani, selain menjadikan pertanian sebagai bidang yang mereka minati.


Beliau berkata pelbagai acara akan disediakan dalam aktiviti kesenian itu termasuk persembahan artis tempatan dan dari seberang.

Dalam itu, bagi memastikan acara dwitahunan tersebut mempunyai penglibatan kanak-kanak, Shabery berkata MAHA 2016 menjadikan watak animasi Upin dan Ipin sebagai maskot pameran itu.

Kementerian juga akan mengadakan perkampungan ‘Mok Cun’ iaitu watak drama yang terkenal di sebuah saluran televisyen sebagai gambaran usahawan wanita kampung yang cekal mengharungi pelbagai cabaran.

MAHA 2016 dijangka menyediakan pelbagai saluran untuk perdagangan, pelaburan, kerjasama serta pemindahan teknologi, selain berfungsi sebagai platform bagi membangunkan pasaran import dan eksport. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori